Saat Akhir, Umno/BN Akan Peralat SPR Untuk Kekal Memerintah

By Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Mustaffa Kamli Ayub mendakwa, Umno/BN akan memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara maksima di saat-saat akhir jika mereka melihat sokongan ke atas mereka merosot.

Beliau menambah, berdasarkan isu itu (negara kebajikan dan tawaran menurunkan harga minyak) BA mempunyai isun yang [...]

Malaysia Tak selamat, Lagi Kes Macam Sharlinie

Akhbar The Star On Line. Melaporkan satu kejadian culik kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun telah digagalkan. Kejadian berlaku di Puchong di luar sebuah restoran.

PAS dan ‘Negara Kebajikan’: Berhati-hati dengan tindakan Pak Lah

by Murtadza Ibrahim
Langkah PAS mahu mewujudkan ‘Negara Kebajikan’ sekiranya diberikan mandat sebagai parti pemerintah dalam Pilihan Raya Umum ke-12 akan datang benar-benar mengejutkan pelbagai pihak.

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan beberapa insentif akan diberikan kepada rakyat termasuk penurunan harga minyak 30 sen.

Pembangkang Mahu Pulihkan Negara, Najib Semakin Dangkal

by Nyza Ayob
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh)- Kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bahawa sekiranya rakyat mengundi pembangkang akan menggadai masa depan negara adalah satu kenyataan yang silap bagi seorang pemimpin.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang menganggap sebarang perubahan yang dibuat oleh rakyat tidak akan menjejaskan [...]

Apabila Idea ‘Negara Berkebajikan’ Menjadi Fenomena…

By Zainulfaqar
SUDAH seminggu manifesto PAS iaitu “NEGARA BERKEBAJIKAN” sempena mendepani PRU12 telah menjadi suatu fenomena menarik dalam media massa.
Di bawah ini adalah beberapa ‘fenomena’ yang dimaksudkan:-

PROTES : 36 Tahanan Bebas, Ikat Jamin RM1000

By Saidah Hairan | Foto Nasir Sudin

KUALA LUMPUR, (Hrkh) – Seramai 36 tahanan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram telah dibebaskan jam 7.10 petang tadi dengan ikat jamin RM1000 seorang dan masing-masing dengan seorang penjamin.

Bersih kutuk tindakan halang himpunan Protes

by Saidah Hairan
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) – Bersih mengutuk keras tindakan polis yang tidak berperikemanusiaan membuat tangkapan dan menghalang sebarang bentuk perhimpunan aman termasuk himpunan anjuran Protes di KLCC, Ahad 26 Januari lalu.

Tangkapan Terhadap Rakyat, Polis Mengganas Bagaikan Dirasuk

By Saidah Hairan

Kebiadapan dan keganasan anggota polis menangkap secara rambang peserta perhimpunan aman menentang kenaikan harga barangan di KLCC menunjukkan seolah-olah kerajaan BN melaksanakan sistem kuku besi.
Belum sempat peserta berkumpul menyuarakan bantahan, polis terus membuat tangkapan bermula jam 2.45 petang di hadapan Suria KLCC.

Video Penangkapan Aktivis PROTES di KLCC 26 Januari 2008

by HermanSamsudeen
 
Kira-kira 1000 anggota polis ditugaskan hari ini walaupun tiada perhimpunan di kawasan KLCC. KLCC dikawal rapi anggota polis termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pasukan Rela.
Alangkah baiknya jika sumber hebat sebegini dikerah untuk mengesan penjenayah atau mencari kanak-kanak yang hilang; mungkin boleh menyelesaikan beberapa kes jenayah yang berlaku di [...]

PAS menawarkan kelas Ilham untuk aktivis & ahli.

By Saidah Hairan
KUALA LUMPUR,  Jan (Hrkh) – Institut Latihan dan Perkaderan Dakwah (Ilham) di bawah Lajnah Tarbiah dan Perkaderan PAS Pusat telah memulakan kelas yang pertama pada 19 Januari 2008 di Taman Melewar, Gombak.
Pengarahnya, Ustaz Idris Ahmad memaklumkan, kursus Diploma Kepimpinan Islam itu dijalankan sebagai salah satu program tarbiah secara nizami (berinstitusi) yang dikhaskan kepada [...]