Mengapa Kapal Yang Berat Terapung tetapi batu yang kecil tenggelam?

Semua ini berkaitan dengan daya apungan, misalnya apabila kita mencampak sesuatu ke dalam air ia akan menolak & mengantikan kandungan air.

Misalnya apabila kita masukkan sebiji bola tenis ke dalam kolah, air sebanyak bola tennis akan melimpah keluar.

Jika berat air yang digantikan lebih berat daripada berat bola tennis, bola berkenaan akan terapung. Jika bola berkenaan dipenuhi dengan logam berbanding dengan udara, ia akan menjadi lebih berat daripada kandungan yang digantikan dengan air dan ia akan terapung.

Manusia yang menemui teori ini adalah ahli matematik Greek, Archimedes yang terkenal sebagai bapa apungan yang menemui teori itu semasa dalam kolah mandi.
Prinsip Archimedes menyatakan bahawa daya tujah ke atas yang bertindak pada sesuatu jasad yang tenggelam atau separa tenggelam adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad tersebut.

Aplikasi daya tersebut dalam kehidupan harian adalah kapal laut, kapal selam dan belon udara. Sebuah kapal selam akan terapung pada permukaan lautan jika tanki keapungannya diisi dengan udara. Ini adalah kerana daya tujah ke atas bertindak pada kapal selam melebihi beratnya. Apabila tangki keapungannya diisi dengan air, kapal tersebut akan tenggelam dalam laut kerana daya tujah yang bertindak ke atasnya kurang daripada beratnya.

About these ads

6 thoughts on “Mengapa Kapal Yang Berat Terapung tetapi batu yang kecil tenggelam?

  1. Budak kecil dan budak besar ini kedua-dua budak nie boleh terapung sekiranya mereka belajor teknik apungan… cara dengan mengikuti kursus renang.. bagi yang adik-adik muslimat yang ingin tahu belajar teknik apungan nie boleh ikuti kelab renang anjuran nisa’ wilayah peserkutuan..

  2. saya nak saudara berkongsi tentang gelombang. samada gelombang udara atau gelombang air. dia punya motion,energy,wavelength,amplitude and macam2 lagila.

  3. Buat saudari Nurul Hidayu insya الله saya akan kongsikan saudara berkaitan permintaan saudara di dalam blog ini. Saya akan kaitkan juga al-Quran dan Sains. Terima kasih juga sudi menjenguk blog saya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s