By reformis
KOMEN: Sudahlah hampir kalah dalam pilihan raya baru-baru ini, Pak Lah langsung tak ambil pengajaran, yakni menggunakan kemudahan awam, iaitu pejabat Perdana Menteri untuk tujuan dan kepentingan politik Umno. Mengapa tidak digunakan ibu pejabat Umno? Mengapa mahu dipanggil wakil-wakil Umno untuk bincang masalah Umno di dalam pejabat PM. Lebih baik Dollah rujuk dengan Lim Guan Eng yang berikrar mahu meneladani Umar Abdul Aziz!
PUTRAJAYA 24 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengadakan pertemuan dengan perwakilan Badan Perhubungan UMNO Johor yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pertemuan selama satu setengah jam itu bermula pukul 12 tengah hari.
‘‘Ya, Perdana Menteri berjumpa dengan perwakilan perhubungan UMNO Johor di pejabat beliau. Saya turut hadir tetapi butiran tentang pertemuan sila rujuk kepada Datuk Abdul Ghani kerana beliau pengerusi badan perhubungan negeri,” kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Antara yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh.
Pada Jumaat lalu, Abdullah menemui perwakilan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan manakala keesokannya dengan perwakilan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Dalam kedua-dua pertemuan itu, Abdullah menasihatkan badan perhubungan UMNO negeri termasuk empat negeri yang ditawan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 agar bangkit dan memulihkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perjumpaan antara Perdana Menteri dengan Badan-Badan Perhubungan UMNO negeri seluruh negara bertujuan mendapatkan maklum balas UMNO negeri dan memantapkan parti itu pada masa depan.
Difailkan dalam: Artikel, Jenayah, Keratan Akhbar, Kezaliman BN



undur la Pak Lah oi….dh lama dh
satu penggal pon dh cukup rakyat terseksa…