Hanya 15,007 Unit Rumah PPR Dijual Pada Harga RM35,000 – Penghuni Buat Pilihan – DBKL

By HermanSamsudeen

KUALA LUMPUR – Segala-galanya sudah bermula, proses jual beli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu kota kini terletak di tangan para penghuninya untuk membuat pilihan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam telah mula turun padang bagi memberi taklimat mengenai penjualan rumah PPR itu dan mengedarkan borang permohonan

Menurut Datuk Bandar, Datuk Ab. Hakim Borhan, terdapat 22 kawasan PPR Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan dijual dengan harga RM35,000 kepada penghuninya yang berminat.

Katanya, proses penjualan itu akan dilakukan secara berperingkat mengikut fasa supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik dan para penduduk terlibat dapat memahaminya.

“Untuk fasa pertama ini, empat kawasan dipilih iaitu PPR Seri Semarak, PPR Intan Baiduri, PPR Muhibbah dan PPR Kerinchi untuk diberikan penerangan selain mendapatkan maklum balas daripada penduduk berkenaan.

“Diharapkan dengan penawaran ini akan menggembirakan para penghuninya yang sekian lama menunggu untuk memiliki rumah sendiri,” katanya kepada wartawan selepas sesi Taklimat Penjualan PPR di Perumahan Awam PPR Seri Semarak.

Pada majlis tersebut, lebih 500 penghuni di perumahan tersebut hadir memenuhi setiap sudut ruang khemah untuk mendengar taklimat proses penjualan itu dengan rasa penuh minat.

Bagaimanapun keadaan menjadi hangat apabila pegawai DBKL selesai memberi taklimat kepada penduduk berkenaan yang rata-rata tidak berpuas hati dengan bayaran tambahan itu selain mungkin ada penghuni yang tercicir.

Jelas Ab. Hakim, hanya 15,007 dari 31,498 unit rumah PPR MTEN itu akan dijual dan puratanya adalah separuh blok yang terdapat di setiap kawasan.

“Contohnya jika satu kawasan itu mempunyai lapan blok, cuma empat daripadanya akan dijual,” ujar beliau.

—————————————————————

Tambahnya, jika terdapat pemohon itu gagal untuk membelinya atau tidak berminat membeli rumah PPR tersebut, mereka masih dibenarkan tinggal menyewa di kediaman masing-masing pada kadar sewa RM124 sebulan yang telah ditetapkan DBKL.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Abdul Samad Lope Pihie menyatakan, keutamaan penjualan rumah itu diberikan kepada penghuni bekas setinggan.

Menurutnya, proses permohonan itu akan memakan masa selama dua bulan untuk DBKL mengenal pasti para pembeli yang layak.

“Kemudian pembeli yang berjaya akan dimaklumkan dan beberapa proses pembayaran perlu dipatuhi mereka sebelum penyerahan kunci dilakukan,” ujarnya.

Tambahnya, keseluruhan proses itu akan memakan masa selewat-lewatnya Ogos ini untuk direalisasikan dan pemilikan rumah tersebut diberi pajakan bagi tempoh 99 tahun.

About these ads

44 thoughts on “Hanya 15,007 Unit Rumah PPR Dijual Pada Harga RM35,000 – Penghuni Buat Pilihan – DBKL

  1. Buat cik @ Pn masharah anda seeloknya berhubung terus dengan DBKL prosuder2 nak menyewa.. apa yang saya tahu sememangnya ada untuk di sewa & ramai sungguh yang apply cuma kelayakkan yang akan dapat bagi syarat minima yang di tetapkan.. Untuk makluman lanjut anda berhubung terus dengan DBKL di jalan raja laut @ yang berdekatan dengan anda..

    • sy nak sangat sewa rumah DBKL… tapi sy baru khawin dan isteri sy baru aje gugur……..klau la cik masharah tolong dpt kan rumah sewa DBKL…..sy sangat bersyukur….klau sy dpt rumah sewa DBKL….

  2. jika sy ingin membeli, adakah saya perlu memohon pinjaman dari institusi kewangan? atau mengunakan konsep sewa beli dimana bayaran perlu dibuat kpd kerajaan sahaja..boleh kah jika segala bayaran tambahan termasuk dlm pembiayaan pinjaman..maksudnya jika sy tiada modal sendiri adakah sy layak membeli ppr ini?

  3. as,kum,
    saya berhasrat untuk membeli rumah ppr yang ditawarkan oleh DBKL,saya blacklisted ada tak cara untuk membelinya atau wakil keluarga yang tidak blaclist boleh tolong applykan

  4. SaLam..
    nak bertanya sOal prOses penjuaLan rumah.. maCam mana ye?? makSud saya.. prOsEs buat pinjaman… semua tu di uRus Oleh DBKL atau kita yG uRuskan senDiri???

  5. nama saya ada masalah tapi ingin membeli rumah yang sedang sy duduki ketika ini di pprt hiliran amp, boleh ke saya membuat loan untuk membeli rumah ini?

  6. Saya ingin membuat permohonan untuk sewa/beli di flat PPR kerinchi or mana-mana ada kekosongan ini. Bagaimana caranya dan masih ada kekosongan lagi? Saya baru berkahwin dan bakal mendapat anak awal tahun depan dan pendapatan saya sekarang hanya RM1400.00 sebulan isteri tidak bekerja. Sila beri jawapan dari mesej saya ini. Terima Kasih.

  7. saya telah memohon untuk menyewa rumah kos rendah dbkl pada tahun 2003.Namun sehingga kini setiap kali saya datng untuk bertanya tetapi jawapan yang saya terima adalah belum lagi dan masih dalam proses.Namun entah sampai bila saya pun tak pasti…………Harapan saya kepada Orang yang berkenaan semoga dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepatnya,sekian terima kasih.

  8. Saya ada terbaca satu artikel dari YB Raja Nong Chik bahawa orang yang sudah berumur tapi masih belum mempunyai keluarga layak memohon rumah yang diduduki walaupun gaji saya melebihi maksima yg di tetapkan.

    Harap balas.
    TKaseh

  9. SYA DAH LAMA MEMOHON RUMAH DBKL DLM 3THN SETIAP MINGGU SYA DATANG UTK CHECK TAPI TAK DAPAT JUGA SURAT RAYUAN DAH BUAT 3X TAPI KEPUTUSAN UTK DAPATKAN RUMAH TERSEBUT MASIH TIDAK DILULUSKAN APAKAH KESILAPANNYA DAN SEHINGGA KINI PIHAK DBKL MASIH MEMINTA SURAT RAYUAN DARIPADA SAYA.

  10. as’kum . sy ingin b’tnya . bgaimana sy ingin membeli sebuah rumah ppr ?? tapi sy ada sdikit msalah . msalah sy s’karang iyalah nama sy blacklist . adakah sy lyak untuk memohon membeli rumah ppr ??? sy ingin sngat membeli s’buah rumah sy sndiri .tp sy tk tahu bgaimana cara nya kerana m’mandangkan nama sy yg dh blacklist . sy b’harap pihak ppr dpt memberi sy peluang untuk sy membeli sebuah rumah , kerana sy dah tak larat nak byar sewa rumah rm480 sebulan.kerana pendapatan sy dan suami tidak smpai rm2000 sebulan .kerna sy perlu menyara bapa sy , walaupun sy msih tidak m’punyai anak lg.

  11. salam, dengan berita ini, kami amt hargai dan ingin membeli rumah ini akan tetapi kedengaran pula semua janji tersebut tidak sampai e penghujung. janji tinggal janji dimana janji penjualan telah ditarik balik. mengapa? DBKL kekurangan kewangan?

  12. saya nalini ingin meminta bantuan atas pertolong dbkl untuk membeli atau sewa rumah di dbkl tmn muhibah . saya dalam kesusahan tiada kediaman untuk ditinggal . suami saya mengalami kemalangan dan kaki patah dalam ada besi dan beberapa skru jadi dia tidak boleh kerja berat dan cuma saya seorang sahaja yang kerja gaji pun tak banyak kena tanggung anak saya yang masih kecil bersusu 1 1/2 tahun . tolong lah saya .saya perlukan rumah untuk diduduki di area tmn muhibah sebab berdekatan dengan tempat kerja saya .

  13. 1. sekiranya sya ingin membeli secara tunai (pengeluaran kwsp), berapakah kos sebenar (lum sum) utuk keseluruhan proses pembelian

    2. adakah maintenance kos (1 tahun) akan di kira secara pro-rate dari tarikh SPA

  14. bagaimana warga oku yang belum berkahwin layak ker beliau sila beri komen yang sewajarnya harap maklum. salam 1 malaysia :-)

  15. saya ada satu soalan berkaitan pembelian rumah ppr.ibu saya puan hapishah ingin membeli rumah ppr yg sekarang masih disewa oleh mak saya di ppr bandar tun razak.memandangkan umur mak saya dah bersara,bolehkah mak saya membeli rumah itu dgn harga tunai menggunakan wang pencennya.saya nak tahu berapakah harga jualan rumah itu sekiranya beli tunai dan apakah2 syarat2nya dan cara2nya.sekian terima kasih.

  16. salam,
    saya merupakan ibu tunggal yang menyara dua orang anak yang berusia 6 tahun dan yang berusia 3 tahun, saya mohon pihak tuan memaklumkan jika ada peluang bai saya untuk membeli atau menyewa rumah, memandangkan keadaan saya sekarang dimana terpaksa menumpang di rumah kakak.

  17. borang permohonan dah dihantar 3 tahun yang lepas hingga kini tiada jawapan. setiap kali membuat rujukan di pejabat dbkl jawapan yg di beri ialah ” permohonan anda masih dlm prosses” apa lagi harus saya lakukan?

  18. saya seorang ibu tunggal bekerja berdekatan di Sentul , anak perempuan belajar di sekolah dekat sentul , saya ingin menyewa flat dbkl berdekatan
    sentul

  19. salam, nak tanya, saya tidak pernah memohon rumah bandaraya sama ada sewa atau membeli, adakah saya layak untuk membeli atau khas untuk penyewa sahaja..

  20. saya ingin sewa beli perumahan ppr laksamana.dah banyak kali apply tp tiada jawapan kerajaan ada kata rakyat malaysia di alu-alu kan tp kebanyakkan sy tengok rakyat bukan bumiputra yg dapat dulu.sekian

  21. Bagaimana pula dgn penghuni yg sudah menyewa lama tp kediaman nya tidak tersenarai beli???
    Contoh : Perumahan Sri Pahang

  22. nama saya wafi saya ingin bertanya kepada pihak puan/En, bagaimana
    cara2 nak menbeli rumah DBKL ….dan syarat2 layak menbeli rumah DBKL…sekarang ne saya belum berkahwin lagi..saya bertunang sahaja ..tahun depan baru saya akan berkahwin…adakah saya layak untuk membeli rumah DBKL…

    TERIMA KASIH…….

  23. kadang-kadang rasa macam terainaya.. pendapatan saya kini rm3200.. nak beli rumah pprt, tak layak…nak beli rumah kos sederhana, tak mampu… sedey betul laaaa….

  24. salam sy dh lama apply rumah dbkl dh bertahun..tapi smpai skrg tk dpt.yg sy pelik kwn2…sy yg bru mohon cepat pulak dpt….sy ibu tunggal so di mana priority sy sebagai ibu tunggal…yg dpt sumanyer org senang….mintak pihak dbkl siasat dulu sblm nk bg….tq

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s