Wajib Menegakkan Kebenaran & Menghancurkan Kebatilan!!

by Muhammad Amin al-Kalantani

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh kepada semua penegak agama Allah,

 

Kepada semua pejuang kebenaran,

 

Hukum menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan adalah wajib kepada semua ummah Islam walau di mana mereka berada. Jihad menentang ‘kerajaan’ yang tidak sujud kepada ALLAH SWT juga adalah wajib dengan menukarkan kerajaan yang sujud kepada ALLAH SWT. Orang yang turun dalam himpunan 1onov baru-baru ini kerana ALLAH SWT, maka semuanya dapat pahala. InsyaALLAH.

 

Kepada semua pejuang kebenaran,

 

Himpunan 100K telah menjadi sejarah. Dan orang yang hadir dalam perhimpunan itu juga telah terbabit merekod sejarah itu. Sejarah yang mungkin akan dibaca oleh anak-cucu keturunan kita 50 tahun akan datang. Mungkin waktu itu kita sudah tiada di maya pada ini. Himpunan yang juga perjuangan ulama’-ulama dulu juga telah menjadi sejarah. Kisah Tok Janggut, Datuk Bahaman, Datuk Ibrahim Limbong, Mat Salleh dan ramai lagi ulama’ yang terdahulu berjihad menegakkan Islam yang syamil. Nama-nama mereka sentiasa segar dalam ingatan kita.

 

Kepada semua pejuang kebenaran,

 

Alhamdulillah daripada laporan yang diterima ramai yang menyahut seruan. Masing-masing turun dengan penuh semangat. Mungkin perhimpunan ini menjadi perhimpunan pertama kita disembur dengan water canon dan gas pemedih mata. Yang sebelum ini kita dengar cerita-cerita orang sahaja. Saya sendiri sebelum ini pernah mengikuti 2 siri perhimpunan. Yang pertama himpunan mengutuk israel dan kedua himpunan protes kenaikan minyak di Puchong. Perhimpunan inilah yang paling ’seronok’ dan ‘teruja’.

 

Kepada semua pejuang kebenaran,

 

Sewaktu berada di masjid Jamek ana sempat berjumpa dengan beberapa orang sahabat. Setelah selesai solat dzuhur, semua perserta himpunan bermula daripada bayi sampai orang tua bertongkat semua ada. Waktu dah nak keluar daripada masjid jamek, FRU telah memulakan tembakan water canon. Ana sempat merasai ‘kemanisan’ water canon. Yang menyebabkan ana terharu ialah muslimah dalam lingkungan tingkatan 1-2, terkena water canon secara direct. Berbuih mukanya kena air yang menyebabkan mata pedih, muka panas, kerongkongan kering dan susah nak bernafas. Tapi alhamdulillah, ALLAH SWT dengan kuasanya telah mengarahkan angin menolak awan yang membawa hujan ke arah kami yang berada di masjid jamek . Inilah bentuk bantuan ALLAH SWT kepada kita.

 

Kepada semua pejuang kebenaran,

 

Himpunan 100k sudah menjadi sejarah. Kita sedang menanti apakah yang akan berlaku selepas ini. Tetapi cukupkah kita hanya dengan ini sahaja? Sudah tentu tidak! Kita ada senjata yang amat ampuh iaitu DOA. Amalkan doa ini setiap kali selepas solat fadhu ” Ya ALLAH bantulah Islam dan Muslimin!”. Panjatkanlah doa setulus hati kepada ALLAH SWT. Janji ALLAH SWT pasti akan berlaku “Sudah Datang Kebenaran, Dan Hancurlah Kebatilan!”.

 

Kepada semua pejuang kebenaran,Saya juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua ahli yang bersemangat waja dalam menegakkan kebenaran! Mudah-mudahan kita semua mendapat ganjaran yang setimpal pada hari “Perhimpunan Seluruh Manusia” yang penganjurnya tidak lain dan tidak bukan ialah ALLAH SWT yang dikawal oleh PolisNya para malaikat. Membangun Bersama Islam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s