Provokasi polis punca himpunan kecoh, dakwa Ustaz Nasharudin

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, himpunan yang dianjurkan pembangkang termasuk PAS akan berjalan secara aman tanpa gangguan polis.

Sebaliknya kata beliau perhimpunan aman akan menjadi kecoh apabila pihak polis membuat provokasi dan bertindak keras ketika menyuraikannya, kata Ustaz Nasharudin dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut semalam.

Ujarnya lagi, himpunan akan bertukar kecoh seperti yang berlaku dalam perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di ibu negara ahad lalu kerana gangguan polis.

PAS pernah mengadakan perarakan secara besar-besaran dari Masjid Kampung Baru ke Kedutaan Denmark dalam isu karikatur Nabi Muhammad tahun lalu, tetapi tiada kekecohan berlaku.

Selain itu PAS juga pernah mengadakan perarakan membabitkan ribuan orang ke Kedutaan Amerika bagi membantah pencerobohan negara itu ke atas Afghanistan, namun tiada sebarang kekecohan berlaku.

Begitu juga dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu berjalan lancar dan aman kerana tiada gangguan polis.

Sebaliknya, di Masjid Jamek pada hari yang sama, berlaku kekecohan kerana adanya provokasi polis, ujarnya.

“Saya tidak nampak perhimpunan anjuran Hindraf itu akan menimbulkan kekecohan kerana penganjur sendiri memberi jaminan ia satu perhimpunan aman.

“Dan pihak polis pula perlu membantu Hindraf untuk memastikan keamanan sepanjang perhimpunan tersebut, ” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Nasharudin berkata, tiada sebab polis tidak membenarkan Hindraf berhimpun dan menyerahkan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British.

Meskipun PAS tidak terlibat dengan himpunan itu (Hindraf), tetapi PAS berpendirian hak mereka untuk berhimpun perlu dihormati.

Kerajaan perlu melihat bahawa perhimpunan anjuran Hindraf tiada kena mengena dengan kerajaan Malaysia sebaliknya ia adalah himpunan untuk menyampaikan memorandum kepada British.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s