Bersih digesa semarakkan Gelombang Kuning, gerakkan kebangkitan rakyat

by Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) – Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah berjaya menganjurkan Perhimpunan Aman Rakyat disarankan agar mengambil langkah-langkah tertentu serta bersifat jangka panjang bagi memastikan kebangkitan rakyat.

Penganalisis pilihan raya, Wong Chin Huat berkata seluruh NGO dan parti politik yang bernaung bersama dalam gabungan tersebut hendaklah menyatakan komitmen yang berterusan.

Menurutnya, perjuangan menuntut pemulihan demokrasi dan pembersihan sistem pilihan raya perlu disemarakkan sehingga kesemua kekotoran yang ada dibersihkan dengan segera.

“Sehingga Suruuhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunaikan segala tuntutan tersebut, kita perlu memastikan usaha untuk terus menghidupkan kehangatan kebangkitan rakyat. Tidak cukup hanya turun sekali sahaja 10 November,” ujarnya lagi.

Beliau meminta agar Bersih meneruskan usaha bagi memastikan seluruh penyokong yang ingin melihat perubahan dalam demokrasi dan sistem pilihan raya di negara ini akan menyahut saranan terbaru untuk mengenakan warna kuning pada setiap Sabtu.

“Khususnya, dalam mempromosikan simbol kuning yang perlu dilaksanakan secara serius oleh semua pihak yang menyokong tuntutan yang terkandung di dalam memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong pada 10 November lalu. Rakyat kena teruskan menyokong usaha tersebut,” katanya.

Ketika ditemui di pejabatnya semalam, Wong berkata usaha tersebut hendaklah dilihat sebagai suatu langkah yang serius oleh semua pihak, bukan sekadar pemimpin Bersih.

“Tidak guna kalau mereka hanya turun sekali sahaja pada perhimpunan tersebut, dan kemudian duduk diam sahaja menunggu keputusan Agong, serta SPR yang tidak pasti akan menunaikan apa yang diminta,”ujarnya merujuk kepada seruan Bersih agar semua penyokong tuntutan pada 10 November lalu mengenaikan simbol kuning pada setiap Sabtu.

Tegasnya, sekiranya usaha sekecil itu pun tidak mampu dilakukan oleh ribuan mereka yang telah menyertai perhimpunan raksasa tersebut, tidak mustahil isu tuntutan pilihan raya bersih dan adil yang dibawa Bersih akan mati.

“Justeru, semua pemimpin parti politik dan NGO perlu menggembeleng tenaga untuk memastikan kehangatan 10 November lalu tidak mati begitu sahaja,”tegasnya.

Sambil mengingatkan semua pihak, bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasional kini berada dalam situasi yang paranoid kepada warna kuning, beliau menggesa agar tuntutan tersebut tidak dibiarkan mati begitu sahaja. – mks.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s