Ketua Polis Negara pun dah sakit

by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi mengenai perhimpunan Hindraf berkata, tindakan menahan peserta perhimpunan haram tersebut diambil berikutan mereka bertindak liar dengan membaling batu dan besi kepada anggota polis yang bertugas mengawal keadaan.

Menurutnya, polis terpaksa bertindak demikian kerana kumpulan berkenaan mengingkari arahan bersurai selepas diminta berbuat demikian. Seramai 4,000 anggota polis yang ditugaskan, kata Musa dan pihaknya tidak menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan mereka daripada menyertai perhimpunan haram itu.

Ditanya dalang di sebalik perhimpunan haram itu katanya, polis masih menyiasat individu yang bertanggungjawab menganjurkannya dan yakin mereka dapat dikenal pasti dalam masa terdekat ini.

‘‘Para peserta perhimpunan haram hari ini seolah-olah tiada haluan dan berpecah belah, sekali gus menunjukkan seolah-olah mereka tiada ketua,’’ katanya. Utusan Malaysia . 26hb Nov 2007.

“Di situ, polis menggunakan tindakan pencegahan paling minimum, iaitu pancutan air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka tanpa menggunakan kekerasan fizikal,”katanya. Musa menegaskan, polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan haram itu termasuk pemimpinnya.

“Polis mempunyai cukup bukti untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin, penganjur serta penunjuk perasaan terbabit,” katanya sambil menjelaskan polis sudah memantau aktiviti Hindraf dalam tempoh tertentu. Beliau berkata, polis sedia mengadakan rundingan dengan pemimpin kumpulan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain , tetapi tidak seorang pun pemimpin Hindraf yang kelihatan sehingga jam1.30petang.

“Mereka berucap dan pulang tanpa menyerahkan sebarang memorandum pun seperti di war-war,” katanya.
Berita Harian 26hb Nov 2007

Bila membaca kedua berita dalam surat khabar arus perdana milik ULC-Umno Link Company tiada apa-apa yang tidak kena mengenai pemberitaan mereka terhadap Perhimpunan halal dari segi Perlembagaan Malaysia tetapi haram dari segi undang-undang Polis ke atasa Hindraf-Hindu Right Action Force.

Tetapi jika teliti laporan yang dibuat oleh Berita Harian perkara mengenai KPN-Ketua Polis Negara menyatakan Polis bersedia berunding dengan pemimpin Hindraf menimbulkan tanda tanya.

Bukan kah pada Khamis, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah melarang lima pemimpin Hindraf dan penyokong mereka daripada menganjurkan atau menyertai perhimpunan hari ini di ibu kota.

Kelima-lima mereka ialah P. Uthayakumar, adik lelakinya Waythamoorthy, M. Manoharan, V.S. Ganapathi Rao dan R. Kengadharan.

Polis bukan sahaja tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan itu kerana bimbangkan keselamatan awam tetapi melarang sesiapa sahaja untuk mendekati atau berhimpun di Pejabat Suruhanjaya atau Kedutaan British, Di Jalan Ampang

Soalnya tak akan KPN tidak mengetahui bahawa ada pemimpin Hindraf setengahnya ditahan dan berada dalam penjara dan setengahnya dilarang ke kawasan tersebut. Ini bererti jika pemimpin Hindraf didapati berada di kawasan tersebut dengan secara sendiri mereka boleh ditangkap.

Maka berita itu menjadi senda gurau, bagaimana Polis mengatakan bahawa bersedia berunding dengan pemimpin mereka, walhal pemimpin mereka ada yang sudah ditahan polis dan berada dalam penjara. Ini bererti KPN sendiri sudah mula mengidap penyakit lupa, jika tidak seteruk Menterinya yang sudah jelas “mental disorder” atau kenapa Polis tidak berunding sebelum perhimpunan itu disuraikan secara paksaan dengan belantan, water canon dan gas pemedih mata.

Akhirnya Polis pun dengan pertolongan semua saluran berita TV dan surat khabar memberikan cerita mohon simpati bila berulang kali menayangkan akan kisah Polis yang luka kerana dibaling oleh peserta perhimpunan. Publisiti Polis yang cedera menjadi berita utama dari menceritakan akan kisah puluhan ribu orang awam yang tidak berdosa disemburi dengan air kimia dan gas pemedih mata dan jauh sekali seperti di Terengganu akan kisah bagaimana orang awam ditembak Polis, mangsa tidak pernah dikunjungi Polis jauh sekali di “interview” untuk menceritakan kisah yang sebenarnya.

Orang ramai dan rakyat bukan tidak simpati dengan Polis tetapi bila mereka melihat cara Polis dalam menangi isu perhimpunan halal yang diharamkan dan juga provokasi Polis terhadap orang awam dengan cara membuat sekatan jalan raya supaya orang ramai akan memaki seranah atau marah kepada penganjur perhimpunan dan keadaan itu akan menguntungkan Kerajaan Tiga Beranak yang di pimpin oleh Abdullah Hj Ahmad, tetapi sebaliknya orang ramai sebenarnya lebih marah kepada Polis daripada simpati.

Sebenarnya jika Polis hendak membantu Kerajaan Tiga Beranak,dalam dwifungsi barunya belajar cara pemikir Polis terdahulu yang menasihatkan kerajaan, soal perhimpunan halal atau haram sudah beberapa kali berlaku sebelum dan selepas merdeka. Tetapi pemikir keselamatan dahulu tidak menggunakan formula bodoh dengan membenarkan pemimpin kerajaan bercakap mengatakan bahawa perhimpunan itu di dalang oleh parti pembangkang dan berunsur kepentingan politik.

Dahulunya hanya dengan satu kenyataan sahaja oleh Kerajaan bahawa perhimpunan yang diadakan itu berunsur “”anti nasional” atau dihasut oleh “elemen subversif,” dengan sendiri rakyat takut untuk melibatkan diri dalam satu-satu perhimpunan, malah bila Polis berdepan dengan perhimpunan yang boleh mengganggu keselamatan orang awam, orang awam menerima senang hati tindakan Polis dalam menyuraikan perhimpunan, demonstrasi atau bahasa selalunya dipanggil penunjuk perasaan kerana demonstrasi itu sudah menjadi musuh orang ramai.

Bila penunjuk perasaan sudah menjadi musuh rakyat dan rakyat tidak langsung bersimpati dengan penunjuk perasaan tetapi hari ini sudah menjadi berlainan. Semenjak beberapa kali perhimpunan dan demonstrasi diadakan serta melihat cara polis bertindak maka kesimpulan yang timbul adalah tindakan polis sudah diambil kira sebagai tidak selari dengan Hak Asasi Manusia.

Kenapa jadi begitu. kerana terlalu ramai sangat orang yang hendak bercakap dalam isu keselamatan, dari Menteri Penerangan, Menteri Kerja Raya dan macam-macam Menteri semuanya membuat ulasan termasuk Timbalan Perdana Menteri. Dahulunya seorang atau dua orang sahaja yang terlibat sama ada Perdana Menteri atau Menteri Keselamatan Dalam Negeri

Itulah yang menyebabkan orang ramai menjadi keliru, seperti isu Perhimpunan 10hb November dan 25hb November, pengharaman perhimpunan itu isu keselamatan atau isu memperkukuhkan kuasa Abdullah Hj Ahmad? Yang dinanti sekarang adalah gelombang rakyat untuk menunggu siapa nak mulakan Perhimpunan Aman untuk mengadakan majlis “Berhenti Dolah Berhenti” ia itu mendesak Abdullah Hj Ahmad berhenti menjadi Perdana Menteri, sebelum negara ini lingkup atas gaya hidup yang berfoya-foya dengan menggunakan lawatan rasminya ke Mesir untuk meraikan hari jadi yang ke 69 tahun.

Jika Abdullah Hj Ahmad ini bijak dan boleh berfikir, bukankah tarikh 25hb itu, dia berada di sidang Chogm di Uganda, dia benarkan sahaja perhimpunan itu dan di sana dia berkata jika kes tuntutan itu di bawah ke Mahkamah British, Kerajaan Malaysia akan berpihak kepada Kerajaan British untuk menyediakan peguam untuk menolak kes itu. Tetapi kerana dia kurang cerdik kerana banyak tidur dari jaga, dia tak tahu macam mana nak urus krisis dan damage control.

Sang Kelembai: Jika buka fail “Special Branch” sudah pasti akan terjumpa pada tahun 60an, orang China telah membuat tuntutan “Hutang Darah” kepada Jepun, ada juga tunjuk perasaan tetapi Almarhum Tunku Abd Rahman semasa Perdana Menteri, memberikan sokongan sepenuhnya dan menjadi jurucakap tuntutan itu kepada Kerajaan Jepun. Walau akhirnya pemberian hutang darah dibayar dalam bentuk pemberian kapal yang sekarang bernama MISC dan ditadbir oleh Petronas sebelum terjual ke Hong Kong. Apalah salahnya jika hari ini Abdullah Hj Ahmad sendiri mengetuai perbincangan “Hutang Perhambaan” orang India yang dibawa ke Malaya oleh British.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s