Rakyat terus derita, harga minyak naik 20 peratus dan inflasi meningkat

Oleh M Khaleel Kas

        

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) – “Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana-mana negara Asean. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada ‘TAHUN INI’!”

Demikian antara kata-kata dan ayat-ayat yang mampu melunakkan rasa amarah rakyat. Kata-kata itu juga akan menjadi juadah di dada-dada akhbar arus perdana, stesen dan radio di negara ini serta forum dan majlis-majlis rasmi yang dihadiri oleh para pemimpin negara tidak lama lagi.

Hari ini, dalam laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), harga bahan bakar di Malaysia mungkin naik lebih daripada 20 peratus pada awal tahun depan dan sekaligus turut menaikkan kadar inflasi kepada 3.2 peratus pada tahun 2008.

Kenyataan MIER ini sekaligus memberikan petanda betapa rakyat perlu makin berhati-hati dengan senario yang bakal mereka hadapi tahun hadapan.

MIER menjangka harga bahan bakar akan naik 30 hingga 40 sen daripada harga RM1.92 selitar sekarang.

Kadar tol lebuh raya juga dijangka naik Januari ini, selepas kadarnya dinaikkan sebanyak 60 peratus setahun lalu.

“Saya rasa ia akan dinaikkan tidak lama lagi…mungkin selepas pilihan raya bersama dengan kenaikan kadar tol. Ini adalah perubahan yang membebankan,” kata Pengarah MIER Mohamed Ariff Abdul Kareem.

“Kedua-dua kenaikan tersebut ‘akan meningkat kos menjalankan perniagaan dan kadar inflasi boleh mencecah 3.2 peratus tahun depan,” katanya lagi dalam satu kenyataan yang dipetik melalui AFP.

Sebelum ini Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa dalam sebuah Forum Rakyat ‘Rasuah dan Jenayah: Malaysia di Ambang Bahaya’ menegaskan kemungkinan harga minyak dijangka akan naik sehingga RM0.70 sen seliter selepas pilihan raya nanti.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya mengambil kira masalah rakyat sekiranya harga petrol dan diesel dinaikkan pada tahun hadapan.

“Kenaikan harga petrol akan memberi kesan kepada semua rakyat terutamanya golongan miskin. Ramai akan menjadi miskin semula kerana terpaksa menanggung bebanan harga minyak.

“Orang yang miskin akan bertambah susah. Oleh itu kerajaan tidak wajar menaikkan harga minyak biar pun di atas alasan harga bahan itu meningkat di pasaran antarabangsa,” tambahnya lagi.

Berikut beberapa fakta mengenai kenaikan harga minyak di negara ini dalam tempoh 16 tahun sejak 1990.

1.sebelum tahun 1990 – RM 0.89

2.tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)

3.01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

4.20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

5.01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

6.31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

7.01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

8.01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

9.01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

10.05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

11.31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

12.28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

13. akan naik lagi dalam masa terdekat! – mks.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s