Penipuan media milik BN – Himpunan Hindraf lebih ramai dari Bersih?

by Wartawan Kita

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) – Hampir semua media cetak dan elektronik yang dikuasai oleh Barisan Nasional melaporkan jumlah kehadiran penyokong Hindraf yang mengadakan demontrasi aman di Ibu Kota pada 25 November 2007 lalu dianggarkan 10,000 orang.

Akhbar The New Straits Times pula membuat laporan beralas dengan menulis 5000 menurut pandangan polis dan 10,000 mengikut pandangan wartawan dalam dan luar negara. Bagaimanapun keseluruhan media menulis anggaran 10,000 orang.

Akhbar turut menyiarkan sekurang-kurangnya sembilan kawasan penyokong Hindraf berhimpun. Antara kawasan terbabit adalah di satu kumpulan hadapan Wisma Angkasa, dua di Jalan P. Ramlee, satu di hadapan KLCC, satu di Wisma Central, satu di Ampang Park, satu di hadapan Wisma MCA, satu di hadapan Plaza Ampang, di jalan Ampang dan satu di hadapan Pejabat Suruhanjaya Tinggi British.

Pada asalnya, Hindraf mahukan 100,000 kehadiran tetapi jika mengikut laporan akhbar hanya 10,000 yang hadir. Ini menunjukkan bilangan 10 peratus kehadiran kaum India disifatkan berkesan kerana mendapat sambutan ramai.

Samada media cetak dan elektronik yang dikuasai oleh BN ini benar-benar jujur atau sebaliknya terpulang kepada persepsi pembaca mahupun penonton.

Bagaimanapun ketika berlangsungnya Perhimpunan Bersih yang diadakan pada 10 November 2007 lalu, seluruh media cetak dan elektronik menulis dan menyebut hanya 4000 orang yang hadir.

Bersih mahukan kehadiran 100,000 orang tetapi yang hadir hanya 4,000 (ikut media BN) bermakna ia hanya 4 peratus.

Media mereka seolah-olah memberikan gambaran kepada umum bahawa sokongan kehadiran terhadap Hindraf adalah lebih tinggi dan lebih baik daripada himpunan rakyat yang juga diadakan di Ibu Kota.

Agak pelik dan menarik perhatian kepada seluruh masyarakat di negara ini, bahawa himpunan yang hanya membabitkan kepada satu kaum sahaja (iaitu kaum India) adalah lebih tinggi dan memberi impak yang cukup besar daripada himpunan rakyat yang terdiri dari berbilang kaum dan bangsa?

Apakah motif yang cuba disembunyikan oleh media kerajaan ini?

Apakah benar himpunan Hindraf lebih tinggi jumlahnya daripada himpunan rakyat?

Himpunan Rakyat yang diadakan pada 10 November 2007 lalu bukannya 4,000 orang.

Media kepunyaan kerajaan cuba sembunyikan jumlah sebenar kerana ia boleh memberi impak kepada kekuatan parti pembangkang terutamanya PAS dan DAP menjelang pilihanraya umum ke 12 akan datang. Jumlahnya lebih daripada 50,000 iaitu 50 peratus dari jumlah keseluruhannya.

Malahan ada yang berpendapat jumlahnya lebih besar daripada itu kerana ia membabitkan pelbagai bangsa dan pertubuhan. Jika tiada bas rombongan dan kereta yang dipaksa pulang hampir pasti jumlah kehadiran lebih daripada 100,000 orang.

Mungkin juga media yang dikuasai oleh BN ini tidak mahu tahu atau ‘buat-buat tak tahu’ dengan tindakan polis yang mengadakan sekatan jalanraya di setiap jalan, lorong mahupun mana-mana terowong yang menghala ke Ibu Kota menjelang 10 November 2007 yang lalu.

Mungkin ahli politik BN dan pemimpin media tidak melalui mana-mana jalan yang ada sekatan –sesuatu yang ajaib dan pelik.

Keadaan sekatan jalanraya turut dilakukan sebelum menjelang perhimpunan penyokong Hindraf tetapi tidak sehebat dan seteruk situasi sebelum menjelang perhimpunan rakyat yang lalu.

Apakah motif yang mahu disembunyikan oleh media cetak dan elektronik ini dengan membesarkan jumlah kehadiran penyokong Hindraf berbanding dengan kehadiran perhimpunan Rakyat?

Inilah strategi media yang dikuasai oleh kerajaan BN. Dengan membesarkan jumlah kehadiran penyokong Handraf yang didokongi oleh sesuatu kaum membuktikan hanya kerajaan BN yang mampu mentadbir negara pelbagai kaum ini.

Mereka bakal menjadi ‘penyelamat’ jika rusuhan kaum berlaku dan akan menunding jari bahawa ini adalah kerja parti-parti pembangkang yang kononnya mengamalkan politik ‘chauvanist’ atau ‘perkauman’.

Parti BN akan dilihat sebagai ‘berjiwa besar’ dan memperjuangkan semua kaum sedangkan pada hakikatnya hanya suku sakat mereka yang mengaut keuntungan.

Keadaan berbeza jika mereka memberi jumlah sokongan yang besar kepada perhimpunan rakyat ini.

Ini disebabkan ia membabitkan pelbagai bangsa dan hampir seluruh pemimpin pembangkang dan NGO bersatu untuk hadir.

Ini membuktikan sokongan terhadap mereka lebih meluas dan ramai dan ia pastinya ‘menakutkan’ kepimpinan BN.

Barangkali mereka belum ada strategi untuk menangkis himpunan rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12 akan datang.

Tidak hairan bilangan penyokong himpunan rakyat dikecilkan dengan harapan rakyat terpengaruh kerana perhimpunan ini tidak mendapat sambutan.

Perlu diingat semasa berlaku 13 Mei 1969 dahulu ia membabitkan politik perkauman. Ketika itu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah Setiausaha MAGERAN.

Dia cukup arif dengan strategi perhimpunan berbentuk perkauman jika di bandingkan dengan perhimpunan pelbagai bangsa dan pertubuhan.

Kerana itu Abdullah mungkin boleh melakukan sesuatu tindakan yang boleh menguntungkan politik dan dirinya jika ia membabitkan isu perkauman. Dan kerana ini juga pembangkang perlu berhati-hati dengan strategi demikian kerana ia boleh merubah senario politik negara.

Oleh itu, media cetak dan elektronik yang dikuasai oleh BN menulis atau melaporkan sesuatu yang betul walaupun pahit.

Soal diri mana bilangan yang lebih besar samada himpunan rakyat mahupun himpunan Hindraf.

Ini penting kerana sokongan rakyat terhadap BN sekarang ‘ibarat api di dalam sekam’.

Perkecilkanlah jumlahnya tetapi rakyat secara umumnya tahu sokongan yang sebenar.

Selain itu juga, Abdullah juga perlu berhati-hati bahawa disebabkan 13 Mei 1969 juga Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. – mr

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s