Kadar Baru Tambang Pengangkutan Awam Diumum Pertengahan Tahun Depan

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Markiman Kobiran berkata semakan bagi kadar tambang baru itu telah bermula yang merangkumi bukan sahaja tambang bas ekspres tetapi juga bas henti-henti, teksi, kereta sewa dan bas sekolah.

Katanya walaupun dasar semakan bagi kadar tambang pengangkutan awam dibuat setiap lima tahun tetapi ia juga boleh dilakukan dalam jangka masa terdekat bergantung kepada faktor-faktor yang mendesak.

“Kadar tambang akan datang mestilah bukan sahaja melambangkan kepada kos yang mesti ditanggung oleh penumpang tetapi ia juga mestilah menggambarkan bagaimana pengusaha itu sendiri boleh meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan mereka.

“Sekiranya sekadar hanya memberi beban kepada penumpang, itu bukan satu perkara yang baik untuk dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus kesedaran kepada pemandu bas ekspres sempena musim perayaan di sini hari ini.

Kali terakhir semakan kadar tambang bagi pengangkutan awam dibuat ialah pada tahun 2005 melibatkan bas ekspres, bas henti-henti dan kereta sewa yang naik antara 0.9 sen dan 12 sen manakala kadar tambang teksi mengalami perubahan daripada segi kilometer bermula RM2 bagi satu kilometer pertama.

Kadar kenaikan yang diminta oleh persatuan pengangkutan awam ialah 600 peratus oleh persatuan teksi dan 100 peratus hingga 200 peratus oleh bas ekspres.

Markiman berkata semakan kali ini dibuat secara serentak melibatkan semua jenis pengangkutan awam bagi membolehkan kerajaan menggunakannya sebagai satu kayu ukur yang tepat mengenai bila pula kadar tambang baru boleh disemak pada masa akan datang.

Beliau juga berkata pihaknya akan membuat membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap pentadbiran dan pengurusan syarikat bas ekspres sama ada mereka mengendalikan perkhidmatan dengan betul.

“Jika tak betul, kita akan nasihatkan mereka supaya perbetulkan, dan jika dah tak boleh dengar nasihat, mereka itu tidak layak untuk kekal dalam industri bas ekspres,” katanya.

Mengenai kursus kesedaran bagi pemandu bas itu, beliau berkata ia bertujuan mengingatkan mereka mengenai isu keselamatan jalan raya terutama sekali pada musim perayaan.

– BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s