Sebut bersih: Lagu Tan Sri S M Salim kena gam?

by Malaysiakini

Benarkah lagu Seloka Cak Kun Cak nyanyian bersama Tan Sri SM Salim dan M Nasir kena gam kerana terlalu banyak menyebut perkataan ‘bersih’?

Itulah yang sedang heboh diperkatakan oleh orang ramai dan menjadi perbincangan hangat di kalangan masyarakat siber.

Ini kerana lagu tersebut sering diputarkan ke udara tetapi sejak akhir-akhir ini, ia tidak kedengaran lagi, sehingga menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai.

Pada 10 November lalu, Bersih atau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil telah menganjurkan perhimpunan di ibunegara.

Bersih merupakan gabungan parti-parti pembangkang dan lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.

Kira-kira 40,000 orang berhimpun di Istana Negara di mana delegasi Bersih telah menyerahkan memorandum kepada wakil Yang di-Pertuan Agong, menuntut supaya diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut mengiringi beliau menyerahkan memorandum tersebut adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dari DAP.

Lagu tersebut ciptaan M Nasir, dengan senikatanya ditulis oleh Seth.

Bahagian yang dikatakan tidak senangi itu ialah bahagian korus lagu tersebut yang berbunyi:

Kulitnya bersih, hatipun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
kulitnya bersih, hatipun bersih
memikul belati tiada yang memilih Jadikan bersih, hatipun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih, hatipun putih
Biarlah khazanah pintu terpilih

Secara keseluruhannya, lagu tersebut menceritakan sejarah kegemilangan orang Melayu pada suatu ketika dahulu.

Ketika itu, orang Melayu termasyhur serata alam, hidup mewah, gagah serta menjadi sebuah bangsa yang keras semangat

Bagaimanapun, kerana kelekaan mereka hampir kehilangan semua itu, sedangkan orang yang bertandang kuat bekerja dan beroleh keuntungannya.

Di bawah adalah senikata penuh lagu Seloka Cak Kun Cak
Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu masyhur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita ramai terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Keras semangat kerana bangsa
Gerak semangat kerana bangsa Dialog itu orang dulu, berani rajin

Kelekaan jangan dikenang
Lautan juga kelak direnang
hampir tinggal sehelai benang
bencana sengaja dipinang
jika perhati bangsa dagang
kapak beliong,di tangan memegang
kekayaan hendaklah diregang
akhirnya saudagar pangkat dijulang

korus

Disulami syair termasyhur
usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

laallalala

kulitnya bersih, hatipun bersih
budi yang baik hatinya pengasih
kulitnya bersih, hatipun bersih
memikul belati tiada yang memilih

Jadikan besih, hatipun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih, hatipun putih
Biarlah khazanah pintu terpilih

hohoohoh

Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

Advertisements

2 thoughts on “Sebut bersih: Lagu Tan Sri S M Salim kena gam?

  1. Eh Kjaan takut sampai phobai dengar perkataan ” BERSIH ” gak ker………. hehehhehehehe

    Macam Mahathir dulu, bile one penyanyi terkemuka tanye ” Sape Mahathir ” dia guna gunda gunda dia “Ban” kan dari yanyi di RTM.

    Sekarang ape sudah jadi Mahathir, macam Pariah je, org nak sebut name dia pun takut………..

    Itulah Karma………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s