Pengerusi SPR biadap hina jubah serban, mahkamah! – Naib Presiden PAS

by Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Hrkh)-Isu ‘hangat’ dan keangkuhan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman semakin mengundang kemarahan rakyat akibat keceluparannya memberi kenyataan ‘menyerang’ keputusan hakim malah dilihat berat sebelah kerana tindakannya yang sering kali menyelar pihak pembangkang dalam isu pilihan raya di negara ini.

Mengulas lanjut isu terbabit, Naib Presiden PAS Haji Mohammad Sabu berkata sikap Rashid yang menentang pembangkang adalah amat bercanggah dengan peranan dan bidang tugasnya selaku Pengerusi SPR.

Kata Mohamad Sabu selaku Pengerusi SPR beliau sewajarnya tidak menyebelahi mana-mana pihak apatah lagi memberi kenyataan yang beremosi dan tidak bersandarkan fakta atau merujuk kepada maklumat yang tepat malah sanggup pula menghina mahkamah.

“Memang biadap! Sudahlah hina mahkamah,apa kena mengena dengan soal serban jubah dengan peranan tugas SPR?,” soalnya ketika menghubungi Harakahdaily.net sebentar tadi kerana memberi respon segera berhubung isu Rashid menghina keputusan mahkamah.

“Dia ni makin celupar sebab nak dapat restu Barisan Nasional (BN)/ Umno untuk sambung tugasnya sebagai Pengerusi SPR yang akan tamat hujung Disember ini,” katanya.

Dalam pada itu juga menjelaskan tidak ada kedengaran di luar negara, Pengerusi Badan Bebas yang mengendalikan proses pilhan raya di sesebuah negara menyelar pembangkang jauh sekali mempertikaikan keputusan mahkamah malah Rashid adalah yang pertama bersikap ‘bias’ selaku pengerusi SPR berbanding sebelumnya.

Kenyataan celupar ini adalah lanjutannya kelancangananya sebelum ini yang akan menyebabkan rakyat marah dan bangkit menentang kepincangan SPR yang dilihat telah berpihak kepada parti kerajaan dan akan memberi ‘laluan mudah’ untuk BN menang sekali lagi dalam pilihan raya akan datang.

“Jangan salahkan rakyat jika bangkit dan berarak lagi menuntut supaya beliau dipecat sebab tindakan Rashid yang ‘bias’ itu!

“Malah jika keselamatan negara tergugat maka Rashid juga adalah puncanya!” kata Pengarah Perhimpunan Bersih pada 10 November itu dengan nada tegas

Rashid kutuk Ustaz Hadi dan Nik Aziz

Beliau dalam masa kecewa dan membidas kenyataan putar belit Rashid sehingga sanggup mengutuk Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan seterusnya membangkitkan persoalan jubah dan serban yang tidak ada kaitannya dengan tugas dan perkara yang dibincangkan di dalam kursus terbabit ataupun yang dibangkitkan selama ini.

Rashid dilaporkan berkata:”…Haji Hadi datang hari tu meeting dengan saya, di luar kata ada 500,000 pengundi hantu, semuanya mengundi… orang pakai serban besar pakai jubah… macam mana ni? Kalau saya kata… orang dia akan kecik hati pulak kata tok guru dia… tak apalah biarlah dia jawab esok….”

Sebelum ini Utusan Malaysia turut melaporkan pengerusi SPR tersebut menyifatkan “kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai mengarut dan tidak berasas serta dikeluarkan tanpa menggunakan akal, sebaliknya hanya untuk melepaskan geram. Justeru, beliau meminta supaya tidak mengambil berat kenyataan itu kerana ia hanya membuang masa.

Beliau seterusnya berkata, “Memang perangai dia (PAS) begitu. Saya serta SPR banyak kali menerima tuduhan PAS yang mendakwa mempunyai bukti (kegagalan SPR menguruskan pilihan raya). Saya tunggu sampai sekarang pun tidak ada (PAS) hendak mendakwa SPR (di mahkamah),”( lihat muka hadapan Utusan Malaysia 9/12/2004)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s