Himpunan di parlimen: Ahli dan penyokong PAS diseru turun beramai-ramai

Oleh Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) – PAS meminta ahli dan penyokongnya agar turun beramai-ramai mengiringi pimpinan parti tersebut dan juga AJK Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada jam 11 pagi di parlimen 11 Disember nanti.

Ia diadakan bertujuan untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan ekoran tempoh perkhidmatan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang disambung lagi untuk sesi akan datang. Kenyataan tersebut dibuat oleh PAS dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa tertinggi parti itu.

Semalam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata beliau akan mengemukakan usul tergempar di bawah perkara 18(1) dalam persidangan Dewan rakyat yang akan dibentang pada hari Isnin ini.

“Saya hantar usul tersebut kerana kami melihat ucapan Rashid yang terbaru dalam satu seminar di universiti Malaya, beliau mempertikaikan keputusan mahkamah mengenai petisyen pilihan raya kecil Likas dahulu dan juga menghina presiden PAS yang memakai serba dan jubah dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh dipecayai,” katanya yang juga merupakan ketua Pemuda PAS Pusat.

Sementara itu, Pemuda PAS katanya menentang sekeras-kerasnya hasrat kerajaan untuk meminda perkara 114 Perlembagaan Negara dalam fasa 3 dengan menggantikan perkataan 65 tahun kepada perkataan 66 tahun.

Ini kerana tegas Salahudin, pindaan tersebut jelas mempunyai motif tertentu iaitu bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Seri Abdul Rashid Abdul Rahman yang sepatutnya bersara wajib pada penghujung tahun ini. – mns

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s