ISA (Ikut Suka Aku) dan Tahun Melawat Malaysia 2007

by Fudzail
URUTAN peristiwa dari terbongkarnya video Lingam ke penahanan hero-hero perhimpunan aman BERSIH memberikan satu gambaran negatif mengenai Malaysia di kaca mata orang luar.

Terutama buat mereka yang telah termakan segala propaganda dan melihat Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

Tajuk berita mengenai penangkapan peguam yang mengetuai perarakan aman di hari hak asasi manusia mengambarkan betapa kebelakangnya Malaysia dalam demokrasi.

Ramai rakan ekspatriat lain yang mengetahui berita tersebut dari media bertanya, “Apa sudah jadi di Malaysia?”

Diikuti pula siri berita ugutan dari pelbagai pihak yang berkuasa terutama Perdana Menteri, diikuti oleh mereka yang perasan berkuasa walau tiada kuasa dalam kerajaan, untuk memenjarakan semua aktivis yang konon-kononnya mengancam keselamatan negara.

Berita tersebut juga memberi gambaran cukup memalukan bersama wajah letih dan mengantuk seorang Perdana Menteri menenggelamkan imej Hadhari yang konon-kononnya mengambarkan Islam yang progresif.

Lebih menghitamkan lagi imej Malaysia Boleh apabila ketua propaganda dan misinformation kerajaan menjadi badut sewaktu diwawancara di TV Al Jazeera. (‘Election’ pun disebut ‘erection’). Kalau inilah taraf menteri Malaysia, budak pembantu pejabat kami yang berasal dari Kerala boleh speaking English jauh lebih baik dan profesional.

Manakala Kempen Truly Asia yang boleh dianggap berjaya terutama dengan kedatangan pelancong dari Timur Tengah sempena Tahun Melawat Asia 2007 diganti dengan video dan foto-foto Polis dengan cara kasar (dan ganas) cuba menghuraikan demonstrasi aman.

Lebih menghitamkan lagi imej Malaysia Boleh apabila ketua propaganda dan misinformation kerajaan menjadi badut sewaktu diwawancara di TV Al Jazeera. (‘Election’ pun disebut ‘erection’). Kalau inilah taraf menteri Malaysia, budak pembantu pejabat kami yang berasal dari Kerala boleh speaking English jauh lebih baik dan profesional.

Mungkin kerajaan tidak menyedari kesan dari tindakan melulu demi survival sesebuah kumpulan elit tersebut memberikan kesan sebaliknya dimata orang luar. Kalau sekadar demonstrasi secara aman dengan berjalan kaki boleh mengancam keselamatan negara seperti yang dilakukan oleh BERSIH, betapa hapraknya taraf keselamatan negara kita.

Beberapa rakan yang mahu bercuti di Kuala Lumpur ada bertanya mengenai masalah keselamatan setelah membaca berita tersebut. Mereka dengan jenaka mengatakan bahawa apakah tidak selamat untuk berjalan kaki?

Jawaban saya, kemungkinan mereka dirompak dan diragut setiap jam di Kuala Lumpur adalah lebih besar dari diganggu oleh demonstrasi jalanan. Malah kadar peningkatan jenayah di Malaysia adalah menakutkan, dan bukan kerana aktivis demonstrasi. Yang memukul aktivis pun adalah Polis walau ada aktivis Hindraf dituduh cuba membunuh!

Demonstrasi anjuran Hindraf yang dijadikan bahan oleh media perdana tempatan untuk menakut-nakutkan orang Melayu juga membawa kesan sebaliknya di media luar. Lebih teruk apabila Ketua Polis Negara dengan muka selamba mengaitkan Hindraf dengan teroris.

Bukankah itu lebih mencemarkan imej negara? Seakan-akan negara kita menjadi tempat teroris berselindung.

Tuduhan liar sebegini adalah ulangan tuduhan terhadap aktivis Reformasi yang dikenakan ISA walaupun langsung tiada bukti. Penganiayaan terhadap mangsa ISA (terutama keluarga) masih menjadi sesuatu yang belum boleh dimaafkan kepada mereka yang zalim dalam menguatkuasakan ISA.

Tetapi itulah mainan mulut dari Perdana Menteri sendiri berulang kali, seakan tiada yang lebih mujarab dalam dunia moden dan canggih ini dalam terus menjalankan undang-undang drakonian yang bercanggah dengan Islam (tidak pasti versi Hadharinya).

Melihat foto ramainya Polis cuba menganggu demonstrasi Ahad lalu memberikan gambaran yang betapa takutnya kerajaan kepada suara rakyat, walau kecil sahaja kumpulan peguam dan aktivis yang hadir!

Kalau sekadar 100 orang pun dikawal oleh 500 anggota Polis, nampak sangat tiada kerja lain pasukan keselamatan kita. Apa salahnya benarkan sahaja mereka berjalan. Bukannya lama dan ramai yang tidak peduli pun.

Kalau tiada permit dijadikan alasan untuk menguatkuasakan undang-undang, betapa banyak billboard iklan di PJ yang tiada permit yang sekadar dipejam kedua mata (seperti yang ditulis dalam akhbar Sun).

Apalagi apabila Peguam Negara turun padang dalam siri menghadapkan aktivitis ke mahkamah dan meminta mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan kepada orang kena tuduh. Seolah-olah mereka ini lebih bahaya dari pembunuh, perogol bersiri, perasuah yang merompak khazanah negara, pendera kanak-kanak dsbnya.

Peguam Negara nampaknya mempunyai banyak masa untuk kes kecil sebegini, walhal kes pembunuhan Altantuya yang lebih besar pun dia tidak peduli. Bukankah ini boleh menjadi bahan ketawa?

Cara Polis menangkap Mohamad Sabu juga cukup memualkan. (Mohamad Sabu selalu juga di Dubai dan pernah juga beberapa kali makan masakan beliau, tidak pasti beliau begitu berbahaya untuk diperlakukan sedemikian rupa). Apakah ini cara menangkap mengikut hukum hadhari?

Lebih memualkan ialah apabila dua orang yang ditembak Polis dihadapkan ke mahkamah, manakala pihak yang menembak dilepaskan begitu sahaja.

Apakah berita seumpama ini tidak memberi kesan negatif kepada negara?

Jangan salahkan rakyat yang mahu mempertahankan dan menegakkan hak-hak mereka dalam demokrasi. Rakyat marhaen yang selalu menjadi mangsa dalam banyak keadaan dan dengarlah dengan minda dan hati terbuka segala rungutan masalah, bukan sekadar bercakap kosong (baca : BOHONG) hari demi hari! – klpos.com

(Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak tahun 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terlibat dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain. Kini menguruskan projek pembinaan prasana dan utiliti di Palm Jabel Ali)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s