Belabuh tirai 2007

Assalamu’alaikum

Sebelum berlabuh tirai 2007, saya berkesempatan bersama sama dengan Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan yang turut hadir mengetuai YB Salahudin Ayub mengadakan XPDC Dakwah di KLCC. Ketika berada di Masjid As-syakirin KLCC yang mengadakan Forum di ikuti nasyid yang disampaikan oleh Ustaz Akil Hay, manakala di kanan kiri depan belakang luar masjid berdentum dengan hiburan yang mencetuskan gejala sosial yang tidak sihat dengan kata lain gejala maksiat.

Anak-anak muda yang berpakaian tidak sopan & pergaulan bebas lelaki perempuan semakin ramai menanti menjelang tirai 2008. Atas ansiatif bagi kesedaran yang insya الله risalah ringkas berkaitan “Gejala Sosial” diberikan kepada pengunjumg yang berada di KLCC. Semoga mereka membaca risalah tersebut memberikan kesedaran kemungkaran yang mereka lakukan dan kefahaman mereka bahawa mereka lakukan salah di sisi agama terutama anak-anak muda Islam.

Setiap tahun saban tahun demi tahu sambutan menjelang tahun baru dan meraikan kemerdekaan pesta maksiat ini menjadikan kebiasan di Negara Malaysia yang kita cintai, barangkali inilah Islam Hadhari yang di banggakan oleh UMNO yang mana kemungkaran juga dibiarkan dan seiringan kononnya dengan amal ma’aruf yang mereka laksanakan.

Sahlah UMNO sememangnya tidak mahu berusaha mengatasi gejala maksiat yang semakin menjadi-jadi. Perihal seriusnya lagi gejala maksiat ini apabila maksiat itu menjadi berleluasa, “bahkan manusia itu hendak mebuat maksiat terus menerus.” (Surah al-Qiyaamah : 5) الله SWT pernah bersumpah berbunyi “demi (rombongan) yang melarang dengan sebenar-benarnya (dari perbuatan-perbutan maksiat).” (As-Syaafaat : 2)

CADANGAN MENGATASI GEJALA MAKSIAT
(Dipetik dari surat terbuka kepada YB Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 14 rabiul Akhir 1425 bersamaan 3 Jun 2004)

Menjurus kepada cadangan mengatasi gejala maksiat, YB perlu terlebih dahulu kembali kepada perkara taqwa. Taqwa wajib dipupuk di semua peringkat kemasyarakatan. Bermula dari taqwa, manusia akan takut hanya kepada الله. Firman الله SWT yang bermaksud “Dia bertaqwa kerana menjaga diri dar azab الله” (Lihat Surah al-Baqarah : 281). Dengan taqwalah manusia dianugerahkan kemulian. Firman الله SWT lagi bermaksud “Orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling taqwa.” ( Surah al-Hujurat : 13). الله turut mencintai orang-orang yang bertaqwa. Melalui FirmanNya bermaksud; “Sesungguhnya الله menyukai orang-orang yang bertaqwa.” (Surah al-Imran : 76)

Mungkin orang boleh bertanya, apa pentingnya jika generasi muda kita bertaqwa. Jawapannya ada dalam Sura al-Baqarah ayat 2 hingga 5. Mereka dijamin tidak akan meragui al_qura. Mereka akan sentiasa mendapat petunjuk. Mereka aka mendirikan solat. Mereka menafkah sebahagian daripada rezeki yang الله anugerahkan. Mereka kan beriman kepada al-Quran dan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Selanjutnya dihujung ayat 5 Surah al-Baqarah, الله SWT menjamin bahawa “mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan merekalah orang-orang yang beruntung.” Maknanya di sini, hanya kumpulan ini sahajalah yang mendapat petunjuk dan mendapat keuntungan. Jika YB terus mendesak saya untuk mengetahui faedah lanjutan jika majority masyarakat Malaysia terus bertaqwa, maka الله SWT seterusnya menjanjikan kita dengan kata-kata ini: “Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka medustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka” (Surah al-A’raf : 96).

Jaminan limpahan keberkatan yang akan didatangkan dari arah langit dan bumi adalah jaminan langsung daripada الله SWT. Hanya dengan iman sahajalah manusia akan yakin.

Diperingkat ini, izinkan pula saya bertanya YB sudahkan Kurikulum Pendidikan kita di semua peringkat memberikan tempat yang mengcukupi bagi berkembangnya nilai-nilai taqwa seperti di atas? Di sini, YB perlu jujur memberikan jawapan. Jika belum dibuat, maka saya cadangkan ia dimulakan dari sekarang. Saya tidak nampak bagaimana jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar boleh subur jika tidak ditunjangi oleh nilai taqwa yang takutkan pembalasan الله di akhirat kelak.

Kedua, kita perlu menganggap murid-murid sekolah sebagai anak-anak kita. Islam misalnya, telah menetapkan kaedah menggalak dan melatih anak-anak agar mulai belajar sembahyang sejak berusia 7 tahun. Mereka boleh dirotan (dalam semangat mengajar) mulai umur 10 tahun jika masih enggan bersembahyang. Mulai umur 10 tahun juga nak lelaki dan anak perempuan perlu dipisahkan tempat tidurnya. Ilmu tentang baligh, haidh dan nifas, nafsu dan akal, pengaruh syaitan dan malaikat, dosa dan pahala, wajib dan sunat, haram dan halal, sunat dan makruh; semuanya adalah peraturan-peraturan yang saling melengkapi kehidupan anak-anak orang mukmin.

Mereka lalu hidup daam satu system displin yang berangkai, teratur, syumul dan lengkap. Dalam sembahyang misalnya, mereka diperkenalkan dengan lafaz
“ الله اكبر” yang hanya ” membesarkan ALLAH” dan menentang syirik. Di sana pula ada al-Fatihah yang sarat dengan maksud-makusd mendalam mengenai pengertian Islam sebagai satu cara hidup dan tatasusila. Adab dan akhlak berkomunikasi dengan ayah, ibu, guru, jiran, sahabat, meliputi batas-batas lelaki dan perempuan amat sinonim dengan Islam.

Displin luaran dalam batas berpakaian dan berhiasan pula turut ditentukan dalam melengkapkan lagi system social Islam yang murni dan harmoni. Segala sesuatu dihubungkan dengan pengabdian kepada الله . Lihatlah Surah Luqman dari ayat 12 hingga ayat 19 untuk mengesahkan asas-asas ta’dib. Jika asas-asas peringatan dalam pendidikan seperti yang disyaratkan oleh maksud Surah Luqman ini tiada di dalam kaedah pendidikan kita, maka inilah punca gejala maksiat. Saya dengan ini mencadangkan satu penilaian semula dilakukan ke atas Dasar Pelajran kita secara terperinci dan menyeluruh.

Ketiga, penerimaan Islam dan pelaksanaan harus dibuat secara “kaafah”. Dasar Pendidikan yang bertunjangkan aqidah, iman dan akhlak itu perlu didukung oleh lain-lain dasar dari segenap bidang hidup manusia melalui kementerian-kementerian di semua sector. Dasar pendidikan yang mempunyai kesedaran taqwa dan adab yang komited mustahil dapat berfungsi jika suasana pembangunan yang melingkunginya sangat bersifat anti- taqwa.

Dasar penyiaran, misalnya wajib bergerak serentak dalam menyuburkan benih iman. Kelam kabut semasa sekitar isu Astro yang terbukti sangat ekstrim kepada penyuburan budaya ganas, hiburan keterlaluan dan seks adalah contoh nyata. Satu lagi contoh pengeluaran lesen-lesen arak yang berleluasa, kelulusan lessen dan premis judi, majalah-majalah separa lucah yang bersepah, berleluasanya penulisan yang kelihatan cuba memperkecil-kecilkan ulama’ serta pentafsiran ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabi.

Semua dasar kerajaan jika dihimpunkan setempat amat jelas kelihatan bercanggahan. Demikian juga dengan konsert-konsert artis dan pelbagai pertunjukan hiburan yang rendah moralnya. Usaha pendidikan di sekolah berdepan terus dengan usaha-usaha anti-akhlak. Ia akan saling membantu. Anehnya, ia di laksanakan oleh UMNO iaitu parti yang memerintah di mana YB adalah salah seorang Menterinya. Nampaknya seolah-olah dasar kesenian, kebudayaan dan warisan boleh menghalalkan apa sahaja di atas nama Islam Hadhari. Inilah paradoksnya dunia pendidikan kita.

UMNO mendidik sambil meruntuh. Apabila suasana akhlak sudah kronik, mulalah seluruh ibubapa, PIBG, pasukan polis dan guru-guru dipaksa menanggung beban kesalahan. Ulama’ lalu digesa untuk turun padang. Apa sangatlah kudrat ulama’ mengubah apabila Kerajaan sendiri tidak berhajat pun untuk berubah. Kerajaan sendiri yang menaja maksiat dan kadang-kadang turut aktif melakukan maksiat dengan kuasa yang diamanahkan.

Di samping YB meminta saya mencadangkan cara pemulihan generasi di bidang pelajaran, apa pula daya saya untuk mencadangkan pemulihan dalam bidang-bidang lain yang turut memerlukan rombakan. Sebenarnya, seluruh sector kehidupan bernegara kita sudah sakit. Kita perlukan reformasi menyeluruh. Kita tidak mampu lagi setakat menitik ‘eye-mo’ ke dalam mata atau menukar kaca mata kerana yang rosak adalah tubuh Malaysia yang secular keseluruhannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s