Burung Terbang?

“ Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada الله. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (Kebesaran الله ) bagi orang-orang yang beriman.” Surah An-Nahl :79

Apabila burung terbang, caranya sama dengan cirri-ciri fizikal yang sama dengan kapal terbang. Bentuk sayap burung menyebabkan tekanan udara di atas sayap lebih rendah berbanding tekanan di bahagian bawah. Perbezaan dalam terkanan menyebabkan burung terapung di udara. Burung akan menggerak-gerakkan sayapnya bagi mengapungkan dan mengerakkannya ke hadapan.

“Dan apakah mereka tidak memerhatikan burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahan ( di udara ) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.” Surah Al-Mulk :19

Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat Al-Quran di atas ialah “اَمْسَكَ” yang bermaksud memegang, menyambar atau menahan. Penggunaan perkataan ini membuktikan الله menerbangkan burung-burung dengan kuasaNYA.

Dalam Sains & Fizik terlah menyatakan aeronautic iaitu kajian tentang teori penerbagan melalui udara termasuk reka bentuk alat penerbangan.

Misalnya, bentuk aerofil pada sayap kapal terbang membolehkan penerbangannya dalam udara. Selain itu reka bentuk bahagian kapal terbang yang berlainan akan menentukan keselamatan penerbangan, ciri tahan lasak dan kos pembuatan sesebuah kapal terbang sebelum bahagian pertama dibentuk, dan ujian computer dijalankan untuk menguji kekuatan bahan yang digunakan serta menguji reka bentuk kapal terbang. Biasanya bahan komposit seperti fiber grafit digunakan kerana bahan tersebut adalah ringan dan mempunyai kekuatan yang tinggi.

Jelaslah penekanan الله nyatakan dalam Al-Quran tentang pergantungan burung-burung kepada kuasa الله untuk terbang di langit. Begitu juga manusia dari mencungkil hikmah dan rahsia di sebalik perbuatan-NYA. Segala sesuatu yang berlaku itu berpuca dari الله kalau kita cungkil hikmah dalam apa jua hal dan kejadian, maka ia akan membawa kita kembali kepada الله.

الله tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunakannya dan hikmahnya itu. Kenal akan burung itu sendiri kita dapat mencungkil rahsia dalam membuat kapal terbang sebagai pengangkutan penting.

Orang yang melihat sesuatu tanpa fikiran itulah dia buta dalam celik, Kalau dia berfikir pula tanpa hati yang mengingati الله dia tersesat.

Advertisements

4 thoughts on “Burung Terbang?

  1. Segala yang ada di alam ini adalah bukti kewujudan Allah sebagaimana syair Arab yang berbunyi:

    Pada tiap sesuatu itu ada tanda;
    Yang membuktikan Dia adalah Esa!

  2. lalu untuk apa burung itu harus terbang?
    apa gunanya terbang untuk diri mereka sendiri?
    saya lagi bertanya2 mengenai hal tersebut

  3. Segala sesuatu yang berlaku itu berpuca dari الله kalau kita cungkil hikmah dalam apa jua hal dan kejadian, maka ia akan membawa kita kembali kepada الله.

    الله tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s