Salam Maal Hijrah 1429H

Assalamu’alaikum
Tirai 1428 Hijrah akan meninggalkan kita bersama kenangan dan nostalgia indah dan duka yang tercatit dalam diari perjalanan hidup kita. Bukan itu sahaja malah pelbagai kejadian dan peristiwa yang berlaku semasa kita mengharunginya di muka bumi malaysia ini.

Muharam 1429 Hijrah pula datang menemui kita samada kita sudah bersedia untuk menyambut kedatangannya atau pun kita masih hanyut dibuai mimpi indah tanpa menghiraukan tentang perjalanan masa yang begitu pantas berlalu mengikut kalendar Islam.

Barangkali ada segelintiran orang yang leka tentang kehadiran Muharam 1429H bersamaan 10 Januari 2008 mengatakan cuti apa pula ini? Nampak sangatlah orang sebegini tidak peka akan kalender bulan Islam sepertimana mereka baru sedar akan kedatangan Rejab, Syaban, Ramadhan dan bulan-bulan Islam yang lain atas pengaruh besar kita dalam menggunakan kalender bulan Masihi. Semoga dengan terbenamnya mentari tahun 1428H, kita telah menyemaikan azam baru dalam hati untuk membuat perubahan, dari segala aspek kehidupan kita dalam meningkatkan kualiti amalan sejajar dengan kehendak Islam.

Muharam 1429H mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah dalam mencari kuasa kea rah merubah tamadun dan peradaban dunia yang dinodai oleh kesyirikan dan najis kesesatan kuasa pemerintahan pada masa itu dalam genggaman tangan mereka yang tidak layak untuk menjalankan amanah الله SWT. Kini Hijrah sebagaimana Rasulullah SAW itu tidak akan berlaku tetapi penghijrahan dari alam kesesatan secular atau najis perundangan ciptaan manusia akan terus berlaku sehingga tertegaknya kembali khilafah Islam yang telah lama diruntuhkan.

Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri, berjuang untuk menegakkan kebenaran di atas muka bumi الله SWT, menjadikan hukum الله sebagai undang-undang dan kedaulatan di dalam negara kita.

Lihatlah dan perhatikanlah keadaan negara kita sendiri, jika segala kemungkaran dan kemaksiatan tidak dapat dicegah, maka hendaklah berhijrah dan bertukar kepada pemerintahanan yang lebih baik. Sesuai dengan menjelangnya PRU12 yang akan tiba bila-bila masa lagi. Berubahlah wahai rakyat Malaysia, pilihlah pemimpin yang membawa kita tujuan sebenar keselamatan manusia di dunia dan dia akhirat. Firman الله SWT yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih (azab seksa yang tidak terperi sakitnya)?, Iaitu kamu beriman kepada الله dan RasulNya, dan bejihad di jalan الله (serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama الله ) dengan harta benda dan jiwa kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya (hakikat yang sebenarnya).” (Surah As-Saf : 10-11)

Hijrah bukan sahaja berperanan untuk mengubah kehidupan manusia tetapi focus perbincangannya lebih menuruskan kepada ketaqwaan kita kepada الله , menghayati segala suruhanNya serta bersiap sedia untuk berjuang dalam apa situasi sekali pun.

Di awal tahun 1429 Hijrah ini untuk kita berkaitan dengan sikap dan amalan kita sendiri yang mana adakah kita sudah berubah diri dari peralihan masa ini atau pun memang kita terus berpuas hati dengan segala apa yang ada tanpa ada niat usaha kea rah melakukan reformasi pada diri sendiri ke arah lebih baik dari tahun yang lalu 1428H. Tidak runsingkah kita bila memikirkan bahawa dengan berlalunya 1428H dan tibanya 1429H ini maka dengan sendirinya bertambahnya umur kita. Tidak risaukah kita jika umur kita bertambah seiring dengan bergandanya dosa kita dan pahala kita terus berada di takuk lama.

Advertisements

2 thoughts on “Salam Maal Hijrah 1429H

  1. assalamualaikum w.b.t…

    semoga tahun islam yang baru ini akan di isi dgn amalan2 yg bole menghapuskan dosa2 yg telah kita lalui sebelum ini.

    hargailah setiap masa yg di berikn olehNya kpd kita krn kita hidup di dunia ini x lama cuma sekerat hari saja jika di bandingkan kehidupan di akhirat kelak.

    sama-samalah kita merenung dan menginsafi diri agar x leka di buai khayalan dunia yg pastinya bersifat sementara.

    semoga kita dapat manfaatkn semua peringatan yg Tuhan berikn kpd kita. ( spt mbaca artikle salam mahal Hijrah 1429H.)

    Terima kasih kpd penulis….

  2. ‘alaikumussalam. Syukran Jazilan.. Sememangnya usia kita di bumi tidak berpanjang. ” Sesungguhnya lahirnya kita dilaungkan dengan azan dan mati kita disembahyangkan (solat jenazah), bertapa pendeknya usia kita di dunia berbading di akhirat yang kekal abadi, iaitu antara azan dengan solat.” Ayuh berbanyakkan amal soleh dan solehah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s