PAS menawarkan kelas Ilham untuk aktivis & ahli.

By Saidah Hairan
KUALA LUMPUR,  Jan (Hrkh) – Institut Latihan dan Perkaderan Dakwah (Ilham) di bawah Lajnah Tarbiah dan Perkaderan PAS Pusat telah memulakan kelas yang pertama pada 19 Januari 2008 di Taman Melewar, Gombak.

Pengarahnya, Ustaz Idris Ahmad memaklumkan, kursus Diploma Kepimpinan Islam itu dijalankan sebagai salah satu program tarbiah secara nizami (berinstitusi) yang dikhaskan kepada ahli PAS dan aktivisnya.

Menurut beliau, program tersebut dijalankan selama tiga semester dengan empat mata pelajaran bagi setiap semester.

Katanya, subjek yang ditawarkan untuk semester pertama ialah Ulum al-Quran, Aqidah Islamiah, Politik Islam dan Bahasa Arab.

Semester kedua, Ulum al-Hadis, Pengantar Feqh Islami, Ekonomi Islam dan Bahasa Arab manakala semester ketiga Feqh Jihad, Feqh Da’wah, Pengurusan Kepimpinan dan Bahasa Arab.

Beliau berkata, semua tenaga pengajar terdiri daripada kalangan ilmuan PAS yang terlibat dalam organisasi parti itu .

” Program akan diberi keutamaan kepada mereka yang tidak mendapat pendidikan agama secara formal daripada mana-mana institusi dalam negara atau luar negara,” katanya.

Menurut beliau, ini sebagai satu usaha untuk mendedahkan ilmu-ilmu Islam kepada aktivis PAS dan menampung kekurangan nuqaba’ dan naqibat di semua peringkat dalam PAS.

Kelainan program itu katanya, peserta bukan sahaja mendapat ilmu secara teori tetapi secara praktikal bersifat perjuangan dan membangkitkan semangat untuk terus berjuang dan melaksanakan tugas dalam jamaah.

Penyertaan masih lagi dibuka kepada semua ahli PAS dan aktivis PAS.

Mereka yang berminat hubungi Setiausaha Ilham, Ustaz Rhidwan Ismail 03-26925000 atau 019 3152767.

Pendaftaran akan bermula pada jam 8.00 pagi dengan kadar bayaran RM140.00 untuk satu semester termasuk minum pagi dan makan tengahari.

Satu semester akan berjalan selama empat kali kuliah dengan setiap bulan sekali pertemuan pada Sabtu minggu ketiga. – mks.

Advertisements

One thought on “PAS menawarkan kelas Ilham untuk aktivis & ahli.

  1. 1. Bagaimana pula dgn individu yg berminat utk belajar (llham) tetapi
    bukan ahli PAS

    2. Bolehkah kursus dijalankan secara on line

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s