Bersih kutuk tindakan halang himpunan Protes

by Saidah Hairan
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) – Bersih mengutuk keras tindakan polis yang tidak berperikemanusiaan membuat tangkapan dan menghalang sebarang bentuk perhimpunan aman termasuk himpunan anjuran Protes di KLCC, Ahad 26 Januari lalu.

Sehubungan itu, AJK Bersih, Dr Syed Azman Syed Nawawi mendesak semua tahanan himpunan Protes dibebaskan segera dan rakyat dibenarkan berhimpun secara aman dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Katanya, Bersih akan terus melaksanakan agenda untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan telus dengan mengadakan perhimpunan aman sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

“Agenda itu akan diteruskan bersama-sama dengan parti politik dan Ngo lain,” katanya dalam sidang media di lobi Mahkamah Jalan Duta, pagi tadi.

Menurut beliau, Bersih berasa amat kesal dengan tindakan polis terutamanya apabila negara sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum.

Beliau berkata, apa erti pilihan raya jika tidak ada kebebasan bersuara dan berhimpun untuk rakyat menyatakan pandangan.

Bersih ujar beliau kesal dengan tindakan kerajaan BN khususnya Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Dalam Negeri kerana menyekat kebebasan rakyat negara ini untuk berhimpun menyatakan pandangan.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; AJK PAS Pusat, Anuar Tahir; Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor; Ketua Penerangan Muslimat Pusat, Salbiah Abd Wahab; dan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Sementera itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar kesal dengan perintah mahkamah yang menghalang nama-nama tertentu daripada berada dalam ruang lingkungan satu kilometer sekitar KLCC.

Beliau mempersoalkan, apa asas perintah mahkamah itu dikeluarkan sama ada kawasan itu telah diputuskan oleh mahkamah sebagai kawasan hitam yang dianggap sebagai darurat.

Menurut beliau, jika lingkungan itu diisytiharkan sebagai kawasan darurat, ia menggambarkan bahawa Malaysia berada dalam keadaan kritikal dalam soal keselamatan.

“Kita akan minta para peguam melihat apa asas sama ada relevan atau tidak perintah mahkamah itu akan dikeluarkan lagi selepas ini,” tegasnya.

Beliau berharap golongan pengamal undang-undang harus melihat dan berani mencabar keputusan perintah mahkamah yang telah dikeluarkan.

Katanya, amat tidak adil apabila larangan itu dikeluarkan walaupun untuk orang tertentu kerana Perlembagaan mengizinkan setiap rakyat bergerak bebas di dalam negara.

Beliau menegaskan, perintah itu tidak relevan dan menunjukkan bahawa insititusi mahkamah tidak dapat menterjemahkan undang-undang selaras dengan kehendak Perlembagaan khususnya hak rakyat. – tajdid

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s