Apabila Idea ‘Negara Berkebajikan’ Menjadi Fenomena…

By Zainulfaqar

SUDAH seminggu manifesto PAS iaitu “NEGARA BERKEBAJIKAN” sempena mendepani PRU12 telah menjadi suatu fenomena menarik dalam media massa.

Di bawah ini adalah beberapa ‘fenomena’ yang dimaksudkan:-

“…tubuh negara kebajikan omong-omongan PAS…” tegas Datuk Seri Idris Jusoh, Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu,

“…apa yang dilakukan kerajaan negeri sekarang sudah cukup jelas untuk memberi makna terhadap program kebajikan yang dimanfaat rakyat..” respon Haji Zakaria Yaakub, Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC).

“…janji itu (manifesto PAS: ‘Negara Berkebajikan’) tidak berpijak di bumi nyata kerana satu dunia harga minyak naik. Tak mungkin pemimpin kerdil di kalangan pembangkang boleh mengurangkan harga minyak. Ini bermakna apa yang dikatakan itu membodohkan rakyat, bukan berasaskan kenyataan sebenar..,” tegas Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Pengerusi UMNO/BN.

“…kita memang boleh menurun harga barang dan minyak jika kita lebih memikirkan kehidupan rakyat. Kalau tuan-puan nak pilih harga petroleum dan barang naik, pilih (pilihlah UMNO BN)… kalau kita undi UMNO/BN hari ini (PRU12), esok minyak akan naik. Kalau kita undi PKR atau PAS atau DAP, esok minyak dan harga barang kita boleh diturunkan. Ubah sebelum parah…” petikan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“…Hanya Malaysia satu-satunya negara di Asia mendahului negara-negara lain dalam menjadi sebuah negara kebajikan tanpa diisytiharkan…,” gah Datuk Seri Zainuddin Maidin, Ketua Bahagian UMNO Merbok, Kedah.

“…Kita juga adalah negara polis paling biadab di Asia. Tangkap, pukul, sepak, terajang, lokap, ISA dan sebagainya; adakah suatu kebajikan UMNO/BN kepada rakyat? Menteri yang gagap berbahasa Inggeris ini patut menjawab dahulu segala persoalan media antarabangsa al-Jazeraa berhubung isu BERSIH 10 November lalu…” bisik hati saya (Zainulfaqar b. Yaacob).

‘‘Mari kita buat perubahan. Saya yakin kita boleh buat perubahan. Perubahan mesti sama-sama, tidak boleh Melayu sahaja, India sahaja atau Cina sahaja…kita akan menjadikan Malaysia ‘negara kebajikan’, yang akan mengambil kira semua kesusahan rakyat daripada semua kaum…” ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Di bawah ini, hipotesis peribadi saya berhubung idea “Negara Kebajikan PAS vs Negara Pembangunan UMNO/BN.”

Bagi saya, tidak tepat UMNO/BN telah melaksanakan idea Negara Berpembangunan selama 50 tahun merdeka. Saya lebih percaya idea pentadbiran UMNO/BN ini sebenarnya lebih bersifat kapitalisme. Ya, Malaysia negara kapitalisme!

Apa kata anda?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s