Pembangkang Mahu Pulihkan Negara, Najib Semakin Dangkal

by Nyza Ayob
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh)- Kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bahawa sekiranya rakyat mengundi pembangkang akan menggadai masa depan negara adalah satu kenyataan yang silap bagi seorang pemimpin.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang menganggap sebarang perubahan yang dibuat oleh rakyat tidak akan menjejaskan negara,bahkan perubahan ini bertujuan menambahkan kebaikan kepada rakyat dan negara setelah sekian lama di perintah

Salahuddin dalam kenyataanya kepada Harakahdaily menegaskan, untuk lebih berjaya dan mencapai sesuatu yang lebih bermakna perlukan perubahan. Sehubungan itu beliau berpandangan mengundi pembangkang adalah satu cara rakyat mencari perubahan.

Dengan memberi contoh hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah, apabila kerajaan Mekah yang dikuasai oleh orang Quraisy menolak Islam, jelas Salahuddin hijrah tersebut merupakan satu bentuk perubahan untuk kebaikan, bukannya menggadai masa depan.

Katanya, rakyat harus melihat situasi di Malaysia hari ini untuk melakukan perubahan.

Tegasnya, situasi ini termasuklah dengan kos hidup yang begitu tinggi, indeks kebebasan media yang teruk,indeks rasuah yang tinggi, perlaksanaan demokrasi tempang, salah guna kuasa serta penyelewengan yang begitu meluas.

“Bagi rakyat di negara maju seperti Eropah dan AS, mengundi pembangkang bertujuan untuk memulihkan semula negara yang dirosakkan oleh regim sebelumnya. Lihatlah bagaimana rakyat Britain, Australia dan AS membuat perubahan. Mereka tidak menggadai masa depan negara.

“Hari ini, parti pembangkang di Amerika Syarikat mendapat sokongan begitu meluas kerana dasar-dasar zalim regim George W Bush. Mereka mahu mengundi pembangkang untuk kebaikan. Suatu ketika dahulu di rantau ini, rakyat menjatuhkan Suharto dan tentera menjatuhkan Takhsin Sinawatra dengan tujuan untuk kebaikan kepada negara. Mereka bukan menggadai masa depan,” katanya.

Jelasnya lagi, rakyat perlu ini bahawa banyak hak dan kepentingan orang Melayu telah tergadai. Ini katanya termasuk tanah rezab Melayu, bahasa Melayu, pendidikan Melayu bahkan tanah-tanah ladang Felda juga hampir tergadai.

Justeru beliau mengharapkan kesedaran di kalangan rakyat bahawa telah banyak perkara yang tergadai di Negara ini hasil kerakusan Kerajaan BN selama 50 tahun.

Maka beliau berpendapat, pilihan raya akan datang adalah peluang seluruh rakyat menebus semula segala hak yang telah digadai oleh Barisan Nasional.

Malahan katanya, tawaran negara kebajikan oleh PAS adalah untuk menebus semula segala yang tergadai disebabkan kerakusan kerajaan BN. – mr

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s