Saat Akhir, Umno/BN Akan Peralat SPR Untuk Kekal Memerintah

By Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Mustaffa Kamli Ayub mendakwa, Umno/BN akan memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara maksima di saat-saat akhir jika mereka melihat sokongan ke atas mereka merosot.

Beliau menambah, berdasarkan isu itu (negara kebajikan dan tawaran menurunkan harga minyak) BA mempunyai isun yang baik berhadapan pilihan raya umum ini.

“Kini semuanya menyebelahi BA dan pembangkang yang lain.Ini timbulkan keresahan dan kelemasan Umno/BN.Jelas kenyatan mereka (BN) dan maklum balas membayangkan keresahan Umno/BN,” ujarnya ketika ditemui Harakahdaily selepas sidang media di pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya 29 Januari lalu.

Menurut Mustaffa Kamil, Barisan Alternatif (BA) khuatir kini media massa mula digunakan untuk menabur fiitnah melampau selain memanipulasikan isu-isu memburuk-burukkan BA.

Paling kritikal, Umno/BN akan menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di saat akhir untuk pastikan kemenangan BN dengan apa cara sekalipun, katanya.

Serangan demi serangan dengan fitnah ke atas pembangkang menjadi alat kepada media massa pro -BN hanya untuk mengaburi mata rakyat, sedangkan suara pembangkang digelapkan, katanya.

Begitupun beliau mmenyeru kepada semua ahli, jentera dan penyokong BA selain rakyat keseluruhannya tidak tertipu dengan permainan kotor BN ini.

Sebaliknya menilai semula prestasi kerajaan yang kini sedang hangat dipertikai dengan segala permasalahan termasuk jenayah, rasuah dan ekonomi, katanya.

Umno tiada alasan dan jawapan selepas BA membuat tawaran menurunkan harga minyak tatkala rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup, katanya.

Akibatnya, media massa diperalatkan dan fitnah menjadi permainan utama mereka merosakkan minda rakyat, ujarnya.

Sementara itu mengulas mengenai tawaran negara kebajikan yang diumumkan PAS beliau berkata, kebajikan rakyat adalah perkara terpenting yang perlu diutamakan oleh kerajaan.

“Lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara yang sangat kaya dengan hasil buminya termasuk petroleum, ” katanya.

“Kebajikan rakyat kena diutamakan.Soal menamakan ia negara kebajikan atau sebagainya adalah perkara kedua, tetapi yang penting ialah sesebuah kerajaan kena utamakan kebajikan rakyatnya dan bukan bermegah dengan kekayaan yang ada.

“Apatah lagi dengan kekayaan yang ada rakyat terus terpinggir dan tertekan dengan sara hidup hari ini,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s