Pemecatan Ishak Baharom Jadi Pengajaran Umat Islam

By Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) – Bersemadinya jasad bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharum di Makam Diraja, Shah Alam jam 10.55 pagi tadi, mengingatkan seluruh umat Islam tentang pemecatannya sebagai mufti akhir Oktober 1997.

Seluruh umat Islam tidak akan lupa dengan sejarah pemecatan Allahyarham.

Walaupun seorang pendiam, tenang dan sabar, Allahyarham tetap tegas dan berpegang pada prinsipnya.

Ceramah Allahyarham dilihat sebagai berpihak kepada PAS bermula pada majlis Maulidur Rasul di sebuah masjid di Alor Star, Kedah disiarkan akhbar Harakah dengan tajuk ‘Awas Gelincir Aqidah – Mufti’ pada 11 Ogos 1997.

Sebelum itu Ishak terbabit dalam mengetengahkan isu pertandingan ratu cantik dan penangkapan tiga gadis Melayu Islam dalam pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997 di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak.

Tidak lama selepas itu, satu kenyataan dalam akhbar, oleh Kerajaan Selangor bahawa Kerajaan Negeri tidak akan memperharui kontrak Allahyarham yang akan tamat akhir bulan Oktober 1997.

Alasan yang diberi ialah umur Allahyarham telah menjangkau usia 70 tahun.

Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 [“Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik” – Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)].

Ketika Allahyarham mengeluarkan fatwa pertandingan ratu cantik itu haram, pelbagai pandangan dan alasan yang dikeluarkan oleh pimpinan Umno.

Mereka memberi alasan bahawa menggari tiga gadis Melayu Islam amat mengaibkan.

Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad mencemuh institusi agama dengan mengatakan; “Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tidak boleh tegur.”

Ketika Allahyarham mengeluarkan fatwa pertandingan ratu cantik itu haram, pelbagai pandangan dan alasan yang dikeluarkan oleh pimpinan Umno.

Mereka memberi alasan bahawa menggari tiga gadis Melayu Islam amat mengaibkan.

Dalam menghadapi isu tersebut, penulis politik masa kini, Ahmad Lutfi Othman telah mengulas isu berkaitan dalam bukunya, “Mufti lawan Mahathir”.

amum buku beliau dihalang pengedarannya dengan pelbagai cara.

Seminar Mufti dan Fakwa telah di anjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 23-24 September 1997 telah menyingkap tentang kelemahan institusi agama di negara ini.

Tindakan pemecatan Allahyarham terpaksa dilakukan. Jika tidak menyukarkan pimpinan Umno dan sekutunya untuk terus melakukan kemungkaran.

Itulah usaha yang dilakukan Umno bagi sesiapa sahaja yang bercakap benar dan menegur mereka yang berkuasa dalam kerajaan akan disingkirkan dengan apa cara sekalipun.

Mungkin ekoran pemecatan Allahyarham, ramai ahli agama dan mufti yang tidak berani menyuarakan kebenaran. Mereka lebih selesa berada dalam kemungkaran asalkan dapat meneruskan kenikmatan dunia. – lanh

Advertisements

One thought on “Pemecatan Ishak Baharom Jadi Pengajaran Umat Islam

  1. salam..

    pemergian Allayarham kita doakan sebagai seruan kerinduan daripada Allah terhadap hambaNya yang bersusahpayah demiNya…

    pimpinan Umno tak sedar2 lagi….umur merka semakin banyak…makin dekat dgn saat penghakiman Yang Maha Adil… tapi… masih BERANI!

    Subhanallah….dalam pada kita berjuang menewaskan kemunkaran….sukanya ana ingatkan….

    JGN LUPA DOAKAN MEREKA…MOGA DIBUKAKAN PINTU HATI, DICELIKKAN MATA…DITAMBAH RASA TAQWA MEREKA…AGAR MEREKA BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT…..
    MEREKA ADALAH tetap SAUDARA KITA…..

    wallahualam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s