Ishak Baharom: Hilang sebutir lagi bintang

By Nik Abdul Aziz Nik Mat
ANTARA banyak berita hiba yang pernah saya terima, berita tentang kembalinya seorang yang bernama Ishak bin Baharom ke rahmatullah adalah di antara berita yang amat menyentuh dan memilukan hati.

Setelah dimaklumkan oleh setiausaha politik saya yang kebetulan berada di sisi, saya terus tertunduk.

Biar pun segala yang ada pada saya hampir seluruhnya serentak menolak, tetapi apalah kudrat saya untuk mengubah sesuatu yang telah ditentukan oleh-Nya sejak dari azali.

Menggagahi cuba menerima kebenaran warkah pilu itu, tahulah saya bahawa beliau dijemput kira-kira jam 12.50 tengahari, Rabu, 21 Muharram 1429 bersamaan 30 Januari 2008.

Dalam keadaan gamam, saya terus berdoa dengan lafaz, Allahummagh fir lahu, warhamhu, wa’a fihi, wa’fu anhu.

Pada saya beliau adalah antara sebahagian kecil ulama yang bermaruah.

Hormat saya cukup tinggi apabila mendengar beliau diketepikan semata-mata kerana memilih untuk beristiqomah dengan pendirian: tetap bersama dengan hak dalam isu-isu runcing di sekitar tahun 1999 di ketika itu.

Walaupun dinafikan sambungan kontrak sebagai Mufti Selangor, Allahyarham semakin mengkagumkan saya apabila sanggup merangkak ke pentas alternatif dengan segala kekurangan untuk bersama dengan aktivis Islam.

Seingat-ingat saya, ini sangat jarang berlaku di Malaysia. Walaupun beliau sedikit pendiam tetapi sifat waraknya mudah dikenali oleh sesiapa jua yang memiliki hati yang jernih.

Alangkah mulianya pendirian sesiapapun jua jika teladan yang dirintis beliau ini dapat sepenuhnya dicontohi.

Namun, dalam keadaan yang sungguh sugul itu, hati saya cepat terpujuk setelah teringatkan berita sebuah buku allahyarham mengenai solat hasil fikrah beliau.

Bahkan, saya masih ingat, setiausaha saya pernah meminta saya memberikan pandangan terhadap buku yang berada di peringkat draf pada waktu itu.

Tidak syak lagi, buku itu akan menjadi helaian-helaian musyhaf terakhir, sumbangsih dari beliau untuk kita.

Dengan demikian, melalui buku ini, saya ada sebab yang kuat untuk terus mengenangi beliau sampai ke bila-bila.

Mari kita sama-sama mendoakan sesuatu yang sehabis baik untuk roh Allahyarham yang telah pergi mendahului kita. Semoga Allah SAW melindungi roh Allahyarham dari segala gangguan Mungkar wa Nakir.

Ingatlah. Saya dan kita semua, juga akan ke sana setibanya hari, saat dan ketika. Wallahua’lam. – mj

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s