Muslimat Bertekad Pastikan Kemenangan PAS Dalam PRU

By Anis Nazri | Wan Zahari Wan Salleh

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Hrkh) – Menyedari bahawa bahang pilihan raya umum semakin hampir, Dewan Muslimat PAS memasang tekad untuk menyumbang secara serius dan meningkatkan komitmen untuk membantu jemaah bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya umum nanti.

Tekad dan azam itu ditegaskan melalui resolusi yang dicapai pada program Amanat dan Harapan Pilihan Raya Umum 12 bersama Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, di Dewan Dato’ Fadzil Mohd Noor, di Taman Melewar, semalam.

Resolusi yang dibaca Ketua Penerangan Muslimat, Salbiah Wahab, turut menggariskan beberapa resolusi lain, antaranya menyokong penuh manifesto PAS sebagai tawaran kepada rakyat bagi menyelesaikan masalah hari ini yang berpunca dari penyelewengan dan kegagalan BN mengurus aset negara.

Dalam pada itu, Muslimat turut berazam untuk menggembling seluruh potensi bagi merangka dan melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mendekati dan memenangi hati golongan muda dan wanita agar mengundi PAS di dalam PRU akan datang.

Sementara itu, Ustaz Nasharudin, dalam amanatnya kepada Muslimat menekankan kepentingan bekerja dalam jamaah bagi memastikan matlamat PAS dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

Katanya, bekerja dengan jamaah lebih memudahkan segala gerak kerja selain memantapkan lagi persiapan PAS menghadapi serangan jentera kerajaan BN, selain memastikan tiada rasa ‘allergic’ bukan Melayu dan bukan Islam terhadap PAS.

“Adalah penting bagi muslimat untuk berusaha memenangi hati wanita di luar sana dengan menghapuskan rasa ‘allergic’ kaum bukan Islam dan bukan Melayu terhadap PAS. Muslimat perlu meyakinkan mereka bahawa PAS bukanlah parti untuk orang Islam semata-mata, tetapi juga untuk semua kaum,” tegas beliau, di hadapan hampir 500 peserta Muslimat dari seluruh negara.

Program anjuran Muslimat PAS Pusat itu dianjurkan bagi menghimpunkan seberapa ramai wanita dan generasi muda dari pelbagai peringkat untuk bersama-sama berganding bahu dan menyumbang tenaga dalam merealisasikan hasrat dan komitmen PAS kepada rakyat.

Pengarah Program, Salbiah Wahab, berkata objektif program ini ialah mencadangkan cara baru untuk memberi penerangan kepada masyarakat dalam pilihan raya umum akan datang, di samping menyalurkan tenaga baru generasi baru kepada Hal Ehwal Wanita (Halwa) dan PAS.

Cara baru tersebut telah diterangkan kepada peserta melalui montaj ‘Andai Ku Tahu’ yang menyentuh soal-soal kepentingan rakyat seperti kesan kenaikan harga barangan, isu keselamatan yang semakin meruncing, dan jenayah yang semakin membimbangkan.

Program tersebut turut mengadakan sesi dialog yang menyaksikan kaum muslimat dan golongan muda turut serta mengajukan soalan-soalan kepada ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Nasharudin; Timbalan Ketua Muslimat, Wan Hasrina Wan Hassan; Timbalan Ketua Pengarah 3 Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud; dan Pengarah Nisa’ Malaysia, Mastura Mohamad. – mns

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s