Nurul Izzah Anwar Calon PKR Parlimen Wangsa Maju?

KOMPOSISI kaum dengan 26 ribu pengundi Melayu dan 19 ribu Cina beri peluang kepada PKR untuk menang di Wangsa Maju seandainya calon yang dipilih berwibawa dan popular

By Wartawan KLpos.com

Eksklusif PUTERI Reformasi Nurul Izzah Anwar dikhabarkan akan bertanding dalam pilihanraya akan datang dan menurut sumber KLpos.com Nurul kini dikatakan berminat untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju. Pada 2004, Parlimen tersebut ditandingi oleh bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Ir Sahri Bahari dan pada 1999, juga ditandingi bekas Naib Presiden Keadilan Marina Yusuf.

Jika benar khabar angin tersebut maka Nurul Izzah akan berdepan dengan calon BN dari MCA iaitu Yeow Teong Look, yang juga merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menurut sumber, Ketua PKR Wangsa Maju Zuraidah Kamaruddin dikatakan membawa sendiri usul tersebut kepada biro politik PKR.

Zuraidah yang juga Ketua Wanita PKR Pusat, dikatakan bersedia memberi laluan kepada Nurul Izzah untuk menjadi calon PKR kawasan tersebut bagi menarik minat pengundi muda dan wanita kepada PKR.

“Zuraidah tahu jika Nurul Izzah bertanding maka peluang PKR untuk menang adalah cerah,” kata sumber tersebut.

“Komposisi kaum dengan 26 ribu pengundi Melayu dan 19 ribu Cina beri peluang kepada PKR untuk menang di Wangsa Maju seandainya calon yang dipilih berwibawa dan popular,” katanya.

Menurutnya lagi, jentera PKR Wangsa Maju sudah memulakan ‘Ops Anjak’ bagi memastikan kemenangan calon PKR di situ.

“Ops Anjak’ merupakan formula rahsia pergerakan Wanita PKR yang sudah dicuba dan berkesan dalam beberapa pilihanraya kecil termasuk Ijok,” kata sumber terbabit.

Zuraidah bagaimanapun gagal dihubungi KLpos.com untuk pengesahan.

Nurul Izzah tidak bertanding pada pilihanraya 2004 kerana menyambung pelajaran ketika itu. Dan jika benar beliau bertanding di Wangsa Maju sudah tentu memberikan tentangan yang sengit kepada calon BN.

Melihat kepada komposisi kaum dan jangkaan bahawa pengundi Cina beralih arah, maka kehadiran calon sepopular Izzah dijangka memberi akan menjadikan Wangsa Maju antara kerusi tumpuan dalam pilihanraya akan datang.

Berdasarkan komposisi kaum, Wangsa Maju tersebut mempunyai 83,200 pengundi dengan 54 peratus merupakan pengundi Bumiputera manakala Bukan Bumiputera : 69,700 46 peratus.

Dari jumlah itu seramai 26,693 pengundi Melayu, 19,382 Cina dan 4,065 India, lain-lain 587 orang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Yew Teong Look menang dengan majoriti 10,185 undi di mana beliau memperolehi 23,135 undi manakala lawannya Ir sahri Bahri yang memperolehi 12,950 undi.

Manakala dalam pilihanraya umum tahun 1999, Menteri Wilayah Persekutuan sekarang, Datuk Seri Zulhasnan Rafique menewaskan Marina Yusuf dengan majoriti 5,718 undi. Zulhasnan memberolehi 29,997 manakaka Marina memperolehi 24,279 undi.

Ezam: PKR enggan sah atau nafi

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Malaysia-today melaporkan PKR enggan mengesahkan berita bekas pemimpin parti itu Mohamad Ezam Mohd Noor yang dikatakan akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang menggunakan simbol PKR.

“Saya tidak dapat mengesahkan atau menafikan berita itu,” jelas salah seorang pimpinan parti tersebut yang dihubungi tadi.

“Tak bolehlah…. ini disiplin parti. Saya tak tahulah siapa yang telah beritahu (Malaysia Today).Tak patutlah dia beritahu….saya pun kena bertangungjawablah…,” ujarnya.

Ketika ditanya adakah maklumat tersebut tidak benar, katanya beliau tidak mahu terbabit dalam soal tersebut.

“Sebab telah disiarkan dalam Malaysia Today, jadi saya rasa lebih baik kita diam sajalah. Kalau kita apikan lagi, saya rasa tidak berguna bagi mana-mana pihak. Lagi satu kita kena hormati proses itu juga.Biar begitu sahajalah, ada isu yang lebih besar, isu nasional isu kepentingan negara,” katanya.

Lagipun, katanya Ezam telah pun menafikan berita tersebut.

Sokong Ezam calon sebagai calon PKR

Sementara itu, Setiausaha PKR Bahagian Petaling Jaya Selatan, Maharul Ismail, berkata pihaknya pada dasarnya bersetuju sekiranya parti memilih Ezam sebagai calon parlimen Petaling Jaya Selatan atas tiket PKR.

Beliau yang menyifatkan Ezam sebagai guru politiknya berkata Ezam pernah menyuarakan hasratnya itu kepada beliau untuk bertanding di parlimen tersebut sebagai calon bebas.

“Beliau ada memberitahu saya beliau mungkin akan bertanding sebagai calon bebas,”jelasnya.

Bagaimanapun jelas Mahalul, beliau mencadangkan Ezam bertanding sebagai calon PKR, kerana peluang untuk menang lebih cerah berbanding calon bebas.

“Ezam jelaskan beliau akan berbincang dengan rakan-rakannya terlebih dahulu untuk mempertimbangkan perkara tersebut,” katanya.

“Kalau sayang Ezam, bagi Permatang Pauh”

Jelasnya lagi perkara itu telah dibincangkan secara tidak rasmi di peringkat bahagian. Mahalul memberitahu beliau tidak pasti sama ada perkara tersebut telah dibincangkan di peringkat negeri atau pusat.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan akur atas sebarang keputusan yang dibuat pimpinan tertinggi parti tersebut.
Bahagian itu diketuai oleh Naib Presiden Sivarasa Rasiah.

Sementara itu, seorang pimpinan parti yang enggan namanya disiarkan berkata : “Kalau betullah PKR sayangkan Ezam, bagilah dia (kerusi) Permatang Pauh, sebab suaranya penting dalam parlimen!” klpos, malaysia-today

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s