Umno Menghina Orang Melayu

By Alhusseyn51
Pimpinan Umno menghina orang-orang Melayu apabila Najib berkata :

“Pemusnahan Kuil Padang Jawa di Klang beberapa hari sebelum Deepavali, tidak akan berulang dan “di pihak mereka, mereka silap, kami minta maaf.”

Demikian sikap ‘apolojetik’ Najib bila berhadapan dengan kaum India yang naik marah hingga muncul gerakan ‘HINDRAF’ dan Makhal Sakthy’ yang mengancam bukan sahaja kedudukan S.Samy Vellu, malah undi kaum India akan beralih kepada parti Alternatif khususnya Parti Keadilan Rakyat.

Keadaan tersebut pastinya akan mengancam pihak BN yang bergantung harap kepada undi orang-orang India selama ini.Abdullah Badawi mengakui keadaan tersebut . disini

Tetapi apa yang dikesalkan ialah sikap pimpinan BN terhadap isu perobohan surau dan masjid orang-orang Islam.Najib tidak bersikap ‘apolojetik’ sebagaimana dia berhadapan dengan orang-orang India yang cuba dipujuk supaya mengundi BN.

Mungkin Najib menjangka orang Melayu sudah lupa tentang peristiwa merobohkan surau dan masjid dan perkampungan mereka; sebab itu Najib lebih bersikap apolojetik kepada orang-orang India.

Sikap Najib dan kenyataan Abdullah menunjukan betapa gundah gulana dan keresahan yang sedang melanda BN semenjak tuntutan HINDRAF dan Makhal Sakthy mengancam peranan MIC yang mewakili orantg-orang India selama ini.

Najib menghina dan memperbodohkan orang-orang Melayu yang dulunya mengundi dan menyokong Umno apabila berkata :

“Malah dalam Umno pun kita kata dulu letak songkok pun boleh menang tapi sekarang kami memberitahu anggota Umno jangan harap ia akan berlaku hari ini,”

Najib mengakui tentang kebijaksanaan rakyat hari ini berbanding sewaktu pilihan raya yang lalu dimana rakyat memberikan undi mereka tanpa mengambil kira siapa yang menjadi calun.

Memang betul kata si Najib – dulu rakyat mengundi atas nama Umno atau BN.

Tetapi kini performance Umno atau BN dah terlalu teruk! Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Umno dan BN.

Apabila rakyat hilang kepercayaan terhadap Umno atau BN, bermakna rakyat sudah menolak kepimpinan Umno atau BN. Jelasnya , rakyat sudah muak dengan janji-janji Abdullah Badawi dan pimpinan-pimpinan BN ; seperti Samy Vellu , Ong Kah Ting dan termasuklah Najib sendiri!

Statistik menunjukkan bahawa pendapatan isi rumah kaum India ialah RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022 dan juga kaum Bumiputera RM2,522

Statistik tersebut adalah bukti kegagalan Umno dalam memperjuangkan ajenda Melayu sebagaimana yang selalu dilaung-laungkannya dan hanyalah sebagai retorik untuk menagih simpati dan sokongan semata-mata.

Advertisements

5 thoughts on “Umno Menghina Orang Melayu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s