Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI WP

Putrajaya – Kejohanan Bola sepak & Bola Jaring Pasti Wilayah Persekutuan pada 2 Mac 2008 meraikan anak didikan Pasti WP dalam aktiviti sukan bertepatan dengan tema kejohanan “Sukan Menjana Kecerdasan Minda”. 

Majlis kejohanan ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya Wilayah Peserkutuan merangkap calon PAS Putrajaya, Ustaz Hj Mohamad Noor Mohamad yang bertempur dengan Tengku Adnan Mansor di P125 Putrajaya pada PRU12 kali ini.

Ucapan perasmian Ustaz Hj Mohamad Noor menekan kepentingan Pasti dalam mendidik anak kita menjadi insan bertaqwa dan diredhai oleh ALLAH serta memupuk kesopanan dan nilai cara hidup yang sebenar. “Saya bersyukur didikan anak-anak Pasti mampu bersukan mengikut cara kehendak ISLAM dengan menutup aurat, yang lelaki berseluar panjang & yang perempuan bertudung inilah pendidikan yang akan melahirkan insan yang bertaqwa bagi membentuk generasi yang muda yang bertaqwa”.

Sebelum itu Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman telah berucap Pasti yang sedia ada terbukti dengan kajian mengenai pendidikan Pasti di Bangi menunjukan anak-anak didikan Pasti di kawasan bangi setelah masuk di peringkat sekolah rendah majoriti menduduki keputusan 1 hingga 5 dalam kelas di semua sekolah-sekolah di area bangi menunjukan pendidikan Pasti melahirkan insan yang cerdik dan juga insan yang berakhlak mulia.

InsyaALLAH sekiranya berjaya PAS memerintah negara malaysia yang kita cintai kita akan perkembangkan lagi pendidikan kita bukan dari pra-sekolah (PASTI) malah sekolah rendah & sekolah menengah mengikut silibus yang melahirkan generasi bertaqwa.

Kejohanan ini turut disertai Tadika Islam Hadhari Putrajaya. Bagi acara kejohanan bola sepak pasukan yang menyertai ialah Pasti Al-Kauthar, Pasti As-Salam, Pasti Ar-Raudah, Pasti Nurul Iman, Pasti Al-Furqan, Pasti Al-Huda 1, Pasti An-Nur, Pasti Al-Hidayah, Pasti Al-Hilmi, Pasti Al-Aulad, Pasti Al-Ummah, Pasti Ar-Rasyiddin, Pasti Al-Munir, Pasti SPPK, dan Tadika Islam Hadhari Putrajaya.

Manakala kejohanan bola jaring pasti yang terlibat adalah Pasti Al-Ummah, Pasti Ar-Rasyiddin, Pasti Al-Munir, Pasti Al-Hidayah, Pasti Al-Aulad, Pasti Ar-Raudah, Pasti Nurul Iman, Pasti Al-Furqan, Pasti Al-Kauthar, Pasti As-Salam, Pasti An-Nur & Tadika Islam Hadhari Putrajaya.

Kemeriahan sekan ini turut di rasai penduduk setempat turut memberi sokongan di samping para ibubapa dan guru-guru Pasti serta jurulatih-jurulatih yang membimbing anak-anak dalam acara tersebut. Acara kemuncak menampilkan Johan bagi acara bola sepak di menangi oleh pasukan Pasti As-Salam yang mana kemenangan kejohanan ini buat 3 kali berturut & Naib Johan Pasti Ar-Rasyiddin dan tempat ke-3 bersama pasukan Pasti Nurul Iman & Pasti SPPK. Seterusnya bagi acara bola jaring penyadang Johan adalah Pasti Al-Kauthar, Naib Johan Pasti Ar-Rasyiddin & Ke-3 bersama Pasti An-Nur & Pasti As-Salam.

Advertisements

One thought on “Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI WP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s