تكبير! الله أكبر

نصرة من الله Pertolongan daripada ALLAH

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (Surah Ash-Syarh: 5-8)

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Laungan Takbir bergema tatkala “Bushro- بشرى” kemenangan Kelantan PAS dan BA menang besar dari sahabat ana yang bertugas disana, jatuh satu persatu negeri menyusur Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bukan setakat 5 negeri di tawan, Kuala Lumpur jua di tawan oleh pembangkang walaupun parlimen sahaja.

Tahniah kepada semua calon-calon BA yang menang, laksanakan amanah kamu dengan jujur, bijak, amanah dan berhikmah. Tahniah buat MB Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz memangku buat penggal kali ke-5. Tahniah juga buat MB Kedah- Ustaz Azizan, MB Selangor- Tan Sri Khalid, Ketua Menteri Pulau Pinang- Lim Guan Eng, Bakal MB Perak- Ir Mohammad Nizar MB & Ketua Menteri baru. Kerajaan BA yang baru ini jadikanlah menjadikan Kelantan sebagai model bagi melaksanakan pentadbirannya yang ternyata mampu memberi keadilan kepada semua rakyat.

Kemenangan ini anugerah ALLAH kepada rakyat malaysia khasnya negeri-negeri yang berjaya beralih dari pemerintahan BN yang selalu menyusahkan rakyat dengan pelbagai agenda pembangunan yang mereka banggakan. Namun begitu mereka BN/UMNO masih berdegil dan bongkak menjana arus ‘elektrik’ perkauman untuk memecah belah rakyat malaysia yang berbilang kaum.

Kita sedia maklum agenda ini mereka gunakan bagi melayu yang leka kononnya akan bangkit padahal melayu sendiri tertindas oleh UMNO. Media tempatan yang selalu menyampaikan maklumat politik provokasi dan sumber yang di selewengkan bagi Parti PAS dan BA punca utama agenda ini diteruskan bagi menjatuh semangat rakyat malaysia terutama orang melayu yang makin diperbodohkan.

Ayat 5-8 dalam Surah Ash-Syarh jelas menerangkan dalam proses terajui perubahan kerana ALLAH akan mencapai keberkatan. Rakyat Perak khasnya yang kini masih dalam proses menanti MB baru, bersabarlah dan jangan mudah terpengaruh berita-berita yang menyemarakkan api perkauman. InsyaALLAH negeri-negeri yang diselia oleh BA mendapat kebajikan, keselamatan dan perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya. Sama-samalah kita berdoa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s