Propaganda Media Arus Perdana

By RoslanSMS
Keputusan PRU ke 12 terus-menerus menjadi topik bualan hangat. Ketika bersarapan pagi di sebuah kedai mamak di KL pagi tadi sepasang suami-isteri berketurunan Cina duduk dimeja sebelah saya. Mereka bertutur dalam bahasa Cina, walaupun saya tidak memahaminya namun saya dapat menangkap yang mereka juga bercerita tentang PRU ke 12 apabila nama DAP dan pimpinan DAP serta negeri Perak disebut-sebut dalam bualan mereka itu.

Akhbar arus perdana berbahasa Melayu juga nampaknya masih terus-menerus melaporkan keputusan “upset” yang jelas tidak memihak pemegang saham dan tuan-tuan punya syarikta mereka.

Walaubagaimanapun saya melihat akhbar-akhbar berkenaan kini sudah beralih dari mengulas darihal keputusan PRU itu ke agenda baru. Kini mereka terang-terangan membakar dan mengadu domba pula antara seama pakatan parti-parti alternatif ke melaga-lagakan sesama bangsa Melayu. Ini saya kira sesuatu yang tidak sihat dan jika tidak dikawal boleh sampai keperingkat mencetuskan ketegangan antara dan sesama kaum, sesuatu yang sewajarnya tidak diizinkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Saya yakin kiranya mana-mana laman web atau blog melakukan kerja keji ini pasti kami akan disiasat dan terus diambil tindakan, saya harap pihak polis khususnya Cawangan Khas melihat kesan dan implikasi mainan api Utusan Malaysia itu dan mengecualikan mereka.
Kalau orang Melayu yang tidak mengundi Umno atau BN dianggap sebagai pengkhianat dan menjual maruah agama dan bangsa saya kira Utusan sudah jauh tergelincir dan menghina proses demokrasi dan hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan negara kita. Antara tajuk-tajuk dalam ruangan forum akhbar berkenaan hari ini adalah:

Melayu “makan” Melayu

Melayu telah menghulurkan tangan dan tenaga bagi merebahkan kepimpinan bangsanya sendiri
Orang Melayu tidak mempunyai apa-apa untuk menjaga maruah bangsa selain berada ditampuk pemerintahan.

Tahniah Melayu Pulau Pinang. Anda telah membuat satu perubahan yang betul, perubahan yang membinasakan diri sendiri.

Kesemua ini adalah hasutan dan sangat bahaya bagi keamanan dan kestabilan negara. Jangan terus biarkan Utusan lepas dengan agenda jahat ini.

Kalau benar kita mahu berbicara soal mempertahan maruah agama dan bangsa, lihatlah apa yang dilakukan terhadap kerajaan PAS di Kelantan sejak tahun 1990. Ia walaupun kerajaan yang diteraju oleh orang Melayu yang beragama Islam, namu kerajaan Melayu Islam di peringkat Pusat terus meminggir dan mendiskriminasinya. Kelantan seolah anak tiri dalam keluarga kerajaan Persekutuan yang besar. Mesyuarat Menteri-menteri Besar bersama PM tidak mengundang Kelantan, dan Pusat pula mewujudkan kerajaan dalam kerajaan di Kelantan sebagaimana yang berlaku di Terengganu di bawah PAS dulu.

Itu baru Melayu “bunuh” Melayu.

Keputusan PRU ke 12 sesungguhnya adalah iktibar buat Umno dan BN. Ambil dan akur keputusan rakyat. Tak perlulah menggunakan lorong-lorong tidak demokratik untuk menjatuhkan kehendak rakyat. Bukit Aman diharap tinjau-tinjaulah perkembangan di Utusan itu.

Advertisements

2 thoughts on “Propaganda Media Arus Perdana

  1. Semasa komentar analisis pilihanraya oleh TV3 baru baru ini, komen dari seorang penganalis pilihanraya menyatakan peranan media perdana yg terlalu berpihak kepada BN, menyebabkan rakyat melihat ia sebagai propaganda yg keterlaluan. Akibatnya mereka beralih kepada media2 alternatif seperti internet, sms sebagai bahan rujukan balas dari propaganda2 tersebut,

    Pilihanraya kali ini menjadi titik mula, media digital telah menunjukkan hasilnya. Pihak BN agak terlewat atau tidak mengemakinikan laman2 web mereka, kerana menharapkan kepada propaganda yang dimainkan oleh media perdana mereka.

    Walau bagaimana pun peranan media perdana ini masih lagi relevan dan diharapkan wakil2 rakyat dari BA dapat mengutarakan di Parlimen, bagaimana pihak BA juga dapat diberikan peluang lebih dalam mengisi ruang ruang dalam media perdana terutamanya media media kerajaan. 5 kerajaan negeri BA selayaknya diberi hak memperjelaskan polisi dan dasar kerajaan negeri supaya rakyat dapat memahaminya.

  2. Saya amat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh penulis mengenai isu ini. dalam hal ini nampaknya BN terus memperkudakan media untuk meneruskan niat jahat mereka, walhal ini sepetutnya tidak terjadi. Apakah ini salah satu cara BN menggambarkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kekalahan besar mereka pada PRU 12 ini. Bagi saya sungguh tidak gentlemen, malah amat menjijikkan di mana isu sentimen kaum dan agama digunakan.
    Saya bersetuju apabila menyebut fenomena di Kelantan. Sudah masuk 19 tahun diperintah oleh PAS yang secara dasarnya bertunjangkan Islam dalam mentadbir negeri, tidak sedikit pun mengetepikan hak-hak setiap kaum bahkan satiap kaum mendapat hak yang sama rata. Orang bukan islam di sana dapat menerima sistem pemerintahan di sana dan ini di zahirkan lagi dengan mereka tetap memberi undi kepada PAS. Justeru itu siapakah yang mendiskriminasikan kaum?
    Mengapa baru hari ini timbul soal melayu di Pulau Pinang apabila DAP memerintah? Di manakah pemimpin UMNO khususnya sewaktu GERAKAN memerintah di sana yang meminggirkan melayu.Di mana mereka pada waktu itu?
    Justeru itu ini menampakkan sangat kepada kita bahawa sikap kepura-puraan dalam UMNO khususnya dan dalam BN umumnya masih ketara.Mereka seolah-olah seperti tidak berada di dunia realiti setelah rakyat menolak mereka.Ini adalah mesej kepada BN dan sedarlah dari hakikat itu.
    Apa yang hendak dijelaskan disini rakyat sekarang sudah semakin cerdik,bahkan sudah tahu akan muslihat BN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s