Sebahagian Pemimpin UMNO dan Penyokong UMNO gesa PM letak jawatan?

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir menggesa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno bagi memulihkan negara dan parti itu.

“Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya,” katanya dalam sepucuk surat peribadinya kepada Abdullah.

Surat bertarikh 12 Mac itu turut diedarkan kepada Timbalan Presiden Umno, dua Naib Presidennya dan Setiausaha Agung Umno.

Klik http://aminiskandar.wordpress.com/2008/03/14/surat-mukhriz-kepada-abdullah/ untuk melihat kandungan surat.

Di Kuala Lumpur dan selangor sekitar lembah kelang beberapa sepanduk sudah mula terbentang mendesak Pak LAh meletakkan jawatan sebagai PM. Mukhriz, ahli Parlimen Jerlun, berkata keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac jelas menunjukkan rakyat menolak kepemimpinan Abdullah. Klik http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1473315 untuk melihat banner undur pak lah.

Manakala dalam proses Pak Lah yang kini sibuk memikirkan pembentukkan kabinet yang ingin meletakan Khairy Jamaludin sebagai menteri penuh. Beberapa parti komponen BN kini mendesak Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi segera mengosongkan kerusi Perdana Menteri tanpa sebarang syarat, demikian maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber berwibawa kepada blog ini sekitar jam 11.30 malam tadi.

Abdullah dikatakan akur dengan desakan tersebut, tetapi dengan syarat komponen-komponen BN terbabit merestui Khairy Jamaluddin menjadi menteri penuh.

Malangnya, syarat Abdullah ditolak tanpa kompromi. Beliau pun dikatakan terus dirundung dilemma kerana komponen-komponen BN berkenaan boleh menyebabkan BN diganggang bara hanya menerusi manipulasi korum di Dewan Rakyat, khususnya bila pengundian perlu dijalankan untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang.

Lebih serius lagi, Abdullah tidak boleh mengenepikan sikap tanpa kompromi di atas kerana komponen-komponen tersebut juga boleh menjejaskan status BN sebagai parti pemerintah jika mereka memilih untuk berkelana ke gelanggang pembangkang.

Mungkin mustahil untuk komponen-komponen berkenaan menyeberang ke pihak pembangkang. Bagaimanapun, Abdullah tidak boleh mengambil risiko melantik Khairy sebagai seorang menteri penuh jika tindakan tersebut boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa sebagai parti pemerintah.

Jadi, apa kesudahannya kepada dilemma ini? Adakah Abdullah akan berhenti sebagai Perdana Menteri dan menantu kesayangannya terkontang-kanting tanpa jawatan menteri?

Moga-moga parti-parti komponen berkenaan terus bertegas dan tidak akan berganjak dengan pendirian dan ultimatumnya. Rakyat Malaysia pula perlu menyokong penuh pendirian ini.

Kepada Abdullah, insaflah bahawa pada saat dan ketika ini, anda adalah seorang pemimpin yang disanggah oleh majoriti rakyat jelata. Pilihan yang ada pada anda hanyalah: segera berundur tanpa sebarang syarat demi nusa tercinta!

7 thoughts on “Sebahagian Pemimpin UMNO dan Penyokong UMNO gesa PM letak jawatan?

  1. Rakyat biasa di kedah meyeru dan amat-amat berharap agar PAKLAH berundur..tolong lah.Malaysia dan melayu musnah di era paklah..pemimpin umno peringkat atasan hanya pengampu sahaja.sokong paklah sehingga BN tumbang lagi..ayuh rakyat kita sokong dato’mukhriz

  2. Kalau Pak Lah masih juga enggan berundur…Mungkin kita boleh memberi peluang kali kedua untuk beliau menerajui kepimpinan Barisan Nasional……. Tapi dengan syarat tanpa persoalan… Get Rid of Khairy Jamaluddin kerana inilah manusia yang telah memporak perandakan keharmonian dalam parti UMNO dan menyebabkan rakyat berpaling tadah untuk memilih parti Alternatif. Jika Kairy masih lagi diberi tempat dalam gabungan BN, dalam pilihan raya akan datang bukan saja Lima Negeri akan tumbang…malahan keseluruhan Negeri yang BN masih kuasai akan terus jatuh ketangan Parti Alternatif….. You can bet on it…..

  3. Pak Lah ker… Khairy ker… semuanya boleh pencen laaa… rakyat dah tak suka, berundur jer laaaa.

    Apalagi yang mereka nak? Harta kekayaan dah banyak. Tak habis pun 7 keturunan kalau hidup cara betul. Cukup2 lah tu.

    Kesianlah kat rakyat jelata. Ingat2lah kepada Allah & Rasul serta hari akhirat!

  4. Saya menyedari dan menginsafi bahawa rakyat telah menolak UMNO khususnya dan BN umumnya. Tetapi hakikat ini masih belum disedari oleh Pak Lah sendiri atau beliau sengaja membuat dirinya seolah-olah tidak faham.
    Come On la Paklah, bangkitlah dari mimpi…pikirlah baik-baik mesej dari rakyat semasa PRU yg lepas.

    Rakyat telah membuat keputusan yang baik pada PRU 12 yang lepas….

    Ish2 paklah masih tak leh terima hakikat lagi bahawa dia telah tewas didalam politik kotor yang direka olehnya sendiri…

  5. sebenarnya orang melayu tak tolak umno secara total, tetapi kebanyakan calon umno yg bertanding pada pru 12 masing2 ada agenda sendiri dan calon yang ada kepentingan, ada juga yg terang2 terlibat ngan korupsi, ada juga calon bidan terjun, sekarang orang melayu dah tak pilih parti asngat, diorang dah tgk calon gak, ini ada calon luar yang bertanding mcm mana nak undi wakil sedangkan kita sendiri tak beberapa kenal.

  6. Ckuplah pd BN slama ini.. Jgn la nak cari publisiti murahan di media lg, mmbuatkan org lg myampah
    Ketahuilah smua org bhw setiap PM mmpunyai gelaran “Bapa??” , so untuk Paklah boleh la digelar ‘Bapa Demokrasi’ or ‘Bapa Mertua Khairy’, Thats all!

    Scara demokrasi ini, diharap BN xyahlah nak mmpertikai atau mcampuri aktiviti BA dlm mntdbir negeri mereka masing2, xyahlah nak pantau2 kerja2 mereka. Spatutnya BN yg diberi peluang dahulu kena jaga keje2 mereka sblm ini. So terimalah kekalahan scara tbuka sbbnya sblm ini pun BA yg sll dirundung kalah xpnah nak protes keje2 BN kat media k, mereka (BA) biasa kalah! Adat btanding k.. so peace!!!

Tinggalkan Jawapan kepada Nasron al-Jauhari Batal balasan