Petanda Awal UMNO Akan Dikuburkan!

Utusan Malaysia 17 Mac 2008 – Parti Gerakan Perak hari ini mencadangkan Barisan Nasional (BN) membubarkan kesemua 14 parti komponennya supaya BN boleh menjadi satu parti untuk semua kaum dan terus relevan untuk masa depan.

Pengerusinya, Datuk Chang Ko Youn berkata, perubahan drastik itu penting memandangkan keputusan pada pilihan raya umum lalu menunjukkan politik berasaskan pecahan kaum yang diamalkan sejak sedekad lalu tidak dapat menjamin kelangsungan parti komponen BN. Sehubungan itu katanya, UMNO, MCA, MIC dan parti-parti komponen lain perlu membuat keputusan untuk meminda perlembagaan parti bagi membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan tidak mengehadkan kepada satu parti sahaja.

”Keputusan pilihan raya minggu lalu menunjukkan pemilih tidak lagi mengundi calon mengikut bangsa atau keturunan kerana ramai pengundi Cina dan India memilih Pas atau pengundi Melayu mengundi DAP. ”Ini adalah tanda menunjukkan politik perkauman sudah berkurangan dan inilah waktunya BN mengkaji komposisi dan ideologi parti masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Wanita Gerakan Kebangsaan, Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Pemuda Gerakan Kebangsaan, Datuk Mah Siew Keong. Ko Youn berkata, keputusan itu dibuat oleh Gerakan Perak selepas mengambil kira pandangan daripada 24 Ketua Bahagian Gerakan seluruh negeri ini dalam satu mesyuarat khas semalam yang membincangkan punca kekalahan BN dan Gerakan di Perak.

”Suasana politik dan sosial semasa menunjukkan BN boleh menjadi parti tunggal dan ia amat penting untuk melawan parti pembangkang seperti DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). ”Kalau kita masih kekal dengan politik 1960-an, kita tidak boleh terus hidup,” katanya. Menurut Ko Youn, pemilih sekarang tidak lagi memilih calon kerana wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan cemerlang pun turut kalah pada pilihan raya lepas.

”Masa sudah berubah. Semua kaum mesti bersatu demi landskap politik yang baru di negara ini,” katanya. Beliau mencadangkan BN melakukan perubahan itu sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang. Pada pilihan raya lepas, Gerakan kalah semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandingi parti itu di Perak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s