Teguran terbuka kepada Dato Mashitah Ibrahim

By az78nfs(Tranungkite Online)
“Bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan ia juga dikategorikan sebagai perbuatan yang salah dan haram di sisi syariat.”

Seorang penceramah Agama yang menonjol kepimpinannya di dalam Umno serta terkenal, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim telah secara sengaja atau tidak, bersalaman dengan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Dato’ Mohd Zahid Hamidi yang juga merupakan exco Majlis Tertinggi Umno. (Rujuk Buletin 1.30 TV3, 19 Mac 2008).

Meskipun ada ulamak berpendapat bahawa seseorang wanita boleh bersalam dengan lelaki ajnabi dengan syarat pada ketika itu darurat yakni dengan tujuan untuk menjaga maruah dan air muka orang yang menghulurkan salam.

Namun sebagai seorang yang dikenali umum dan selalu berhadapan dengan situasi sebegini, beliau sewajarnya perlu dan boleh lebih bijak untuk menanganinya.Beliau merupakan seorang doktor falsafah dalam bidang Syariah Universiti Al-Azhar,
yang sebelum ini sentiasa memperingatkan umat Islam dalam ceramah-ceramah supaya mengikuti syariat Islam perlu lebih berhati-hati dalam perbuatan dosa-dosa kecil ini. Sebagai pemimpin, tingkah laku yang dilakukan bakal menjadi contoh kepada rakyatnya.

Saya ingin mencadangkan pada Ustazah Mashitah supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi yang tidak diduga seperti itu. Alangkah elok, kiranya ustazah sentiasa berpakaian sama ada bertudung yang agak labuh sedikit dan menjadikan tudung sebagai pelapik untuk bersalam apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi.

Selain itu, teknik lain yang boleh digunakan ialah berpakaian dengan lengan baju yang luas dengan memasukkan tangan ke dalam lengan baju sedikit dan terus bersalam secara berlapik.

Teknik ketiga ialah, melapik tangan dengan selendang yang diletak atas bahu. Selalunya golongan kenamaan sangat gemar mengenakan selendang di bahunya sebagai fesyen melayu tradisi. Insya Allah dosa kecil ini dapat dielakkan.

Pernah seorang professor perempuan tersohor yang datang ke Malaysia, bertanya kepada saya, sama ada beliau boleh menghulur tangan untuk bersalam dengan lelaki Islam.

Jawapan saya kepadanya, ia bukan tradisi seorang muslim sejati. Saya sungguh kagum kerana Professor itu diam dan cuba tidak bersalam dengan lelaki Islam ketika berada di Malaysia.

Malah jika menurut etika dan protokol yang standard, seseorang lelaki tidak boleh menghulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalam dengan wanita. Ini adalah kerana lelaki itu hanya perlu menyambut salam itu sekiranya wanita tersebut yang terlebih dahulu menghulurkan tangannya. Akhir sekali, teguran terbuka ialah biarlah beliau mengubati UMNO dengan akhlak yang murni dan bukan beliau diubati oleh penyakit-penyakit UMNO yang sentiasa mementingkan bangsa mengatasi agamanya. “

4 thoughts on “Teguran terbuka kepada Dato Mashitah Ibrahim

  1. Inilah petanda akhir zaman, apabila orang yang dianggap alim oleh masyarakat cuba membuat sesuatu yang diluar jangkaan.

  2. hmm….. dua2 salah.. akibat kurang memberatkan hukum Allah.. yg menguhulur jabat pun jahil… yg menyambut jabat pun jahil… = jahiliyah moden

    kita telah kembai ke zaman jahiliyah seperti dahulu kala….apabila umat yg barjauhan dgn nabi mula menyangkal sedikit demi sedikit hukum Allah.

    semoga pengunjung blog disini lebih mulia daripada pemimpin tertera di dalam gambar tersebut..

  3. dalam banyak2 mp (yang aku perasan), yang aku nampak dr. siti mariah mahmud mp kotaraja yang ada pakai sarung tangan… dia tau dia ramai peminat dari kaum lain…. mesti terpaksa bersalam…. aku suka cara dia…. aku rasa mashitah ni kena order sarung tangan ni kat dr mariah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s