PAS Anjur “Perhimpunan Pekerja 2008” Sempena 1 Mei

By Intan Abdullah
KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) – Menteri-menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat dijangka akan menyampaikan visi dan perancangan rakyat kepada pekerja pada Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 PAS Pusat.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, keliam-lima ketua kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menjayakan program sambutan pesta rakyat sempena Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei akan datang.

“Mereka akan mendedahkan polisi dan perancangan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat melalui gerak kerja sistematik oleh kerajaan-kerajaan baru setelah mendapat sokongan dan mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

tegasnya, angin perubahan yang ditunjukkan rakyat berlaku akibat kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak mesra pekerja selepas tidak mengendahkan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan.

“Pada keseluruhannya, para pekerja di negara ini tidak mendapat perhatian kerajaan apabila tuntutan mereka untuk mendapat gaji minima dan COLA dinafikan mentah-mentah dengan sombong oleh kerajaan yang memaksa Kongres Kesatuan Pekerja Kebangsaan (MTUC) berpiket,” ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Bahkan ujarnya, peneroka bandar atau penghuni kawasan perkampungan setinggan dianggap sebagai sampah oleh kerajaan.

“Rakyat sepatutnya disantuni, diperbaiki nasib mereka dalam keadaan negara sedang meningkat dari sudut kemajuannya,” katanya.

Justeru, kata Anuar lagi, PAS dengan kerjasama parti-parti Pakatan Rakyat akan menganjurkan Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 PAS Pusat di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam.

Ia akan dimulai dengan pidato yang akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan pada 3 Mei jam 9 malam.

“Kemuncaknya adalah Wacana Kebangsaan yang akan menampilkan Menteri-menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah pada keesokan harinya, 4 Mei iaitu sepanjang hari,” ujarnya lagi.

Menurutnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah bersetuju untuk menjadi penaung bersama program tersebut selain Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Antara yang turut dijemput adalah kesemua Ahli Parlimen PAS, KeADILan, DAP termasuk BN, juga pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang meliputi kesemua sayap pemuda, wanita, muslimat dan ulama’.

Seluruh kesatuan pekerja, badan-badan bukan kerajaan, pemimpin-pemimpin pelajar dan aktivis pekerja juga diundang untuk memeriahkan sambutan hari pekerja ini.

“Malah kita juga menjemput Presiden MTUC, Syed Syahir Mohamad,” katanya lagi.

Dengan tema ‘Memperkasakan Kaum Pekerja’ pihak penganjur mensasarkan kehadiran seramai 15,000 orang dengan harapan pihak Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) juga akan turut serta.

Jelasnya, penyertaan kerajaan-kerajaan pakatan rakyat dalam perayaan ini adalah untuk memperlihatkan sikap mereka yang mesra kepada rakyat.

“Bahkan dalam program ini, kita menyediakan ruang yang terbuka kepada pekerja-pekerja untuk bebas menyampaikan pandangan untuk berinteraksi secara terus dengan pihak pemerintah.

“Konsep perbincangan kita adalah bersifat dua hala,” ujarnya.

Sungguhpun begitu, pada 2 April lalu, Cuepacs mengumumkan akan memulaukan sambutan Hari Pekerja yang dianjurkan Kementerian Sumber Manusia pada 3 Mei dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Mei ini jika kerajaan gagal memenuhi lima permintaannya.

Permintaan itu antara lain, tuntutan sagu hati RM2,000 untuk kira-kira 1.2 juta kakitangan kerajaan.

Dalam perkembangan terbaru, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan turut menyertai Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memulaukan sambutan Hari Pekerja. – mns

Advertisements

One thought on “PAS Anjur “Perhimpunan Pekerja 2008” Sempena 1 Mei

  1. PERHIMPUNAN PEKERJA 2008 & WACANA KEBANGSAAN KE-3
    “MEMPERKASAKAN KAUM PEKERJA”
    TARIKH :4 MEI 2008
    MASA :8.00 PAGI – 5.00 PTG
    TEMPAT :STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR
    ANJURAN:LAJNAH PEKERJA DAN PENEROKA BANDAR PAS PUSAT
    TENTATIF PROGRAM
    09.00 – 12.00 MLM Ceramah Perdana – Memperkasakan Kaum Pekerja
    · YB Tuan Haji Mohamad Sabu – Naib Presiden PAS
    · YB N. Gobalakrishnan – Ahli Parlimen Padang Serai
    · YB Ronnie Liu – ADUN Pandamaran merangkap EXCO Negeri Selangor
    08.00 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat, para pewakilan dan peserta mendaftar
    09.00 pagi Alu-aluan Pengerusi Majlis
    · oleh YB Haji Wan Ghazali Mahmud – S/U Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar PAS Pusat
    09.05 pagi Ucapan Pengacara Wacana
    ·Oleh YB Haji Mohd Anuar Tahir – Pengerusi Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar PAS Pusat, merangkap Pengarah PPWK
    09.15 pagi Ucaptama
    ·Oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang – Presiden PAS
    ATURCARA SESI PAGI
    09.45 pagi Alu-aluan Pengerusi
    09.50 pagi Pembentangan I : Visi Selangor Untuk Kaum Pekerja
    ·Oleh YAB Tan Seri Khalid Ibrahim – Setiausaha Agung PKR, merangkap Menteri Besar Selangor
    10.30 pagi Pembentangan II : Visi Perak Untuk Kaum Pekerja
    ·Oleh YAB Mohd Nizar Jamaluddin – Setiausaha Perhubungan PAS Perak, merangkap Menteri Besar Perak
    11.10 pagi Pembentangan III : Visi Pulau Pinang Untuk Kaum Pekerja
    ·Oleh YAB Lim Guan Eng – Setiausaha Agung DAP, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang
    11.50 pagi Pembentangan IV : Visi Kedah Untuk Kaum Pekerja
    ·Oleh YAB Ustaz Azizan Abdul Razak – Pesuruhjaya PAS Kedah, merangkap Menteri Besar Kedah
    12.30 tgh Pembentangan V : Visi Kelantan Untuk Kaum Pekerja
    ·Oleh YB Dato’ Paduka Hj Husam Musa – Ahli Exco Negeri Kelantan, merangkap Naib Presiden PAS
    01.10 ptg Rehat dan Solat Zohor
    ATURCARA SESI PETANG
    02.30 ptg “SESI PERBAHASAN”
    ·YB Tuan Syed Shahir Syed Mahmud – Presiden MTUC
    ·YB Hj Mohd Anuar Tahir – Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat
    ·Wakil-wakil Kerajaan Negeri
    04.00 ptg Ucapan Penutup
    ·Oleh YAB Dato’ Tuan Guru Haji Abdul Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan
    05.00 ptg Selesai dan Bersurai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s