Kitaran Air

Kitaran air menghuraikan kewujudan & pergerakan air di permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali semula. Kitaran air telah bertindak berbilion-bilion tahun dan semua hidupan di bumi bergantung kepadanya; Bumi akan menjadi sebuah tempat tanpa hidupan jika tiadanya.

 اَلَمْ تَرَ أَنَّ اللهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَلَكَهُ يَنَابِيْعَ فِي الأَرْضِ ثُمَّ يُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا أَلْوَانُهُ۞

“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya ALLAH menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber di bumi kemudian ditumbuhkanNYA dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya..” Surah Az-zumar :21

Pada kurun yang ke-7 sebelum masihi, “Thales of Melitus” mempercayai bahawa air dipermukaan laut dibawa oleh angin ke kawasan pendalaman dan turun sebagai hujan. Pada zaman dahulu, manusia tidak mengetahui punca sebenar air di bawah tanah. Sebaliknya mereka percaya air dipermukaan lautan ‘ditekan’ oleh angin ke kawasan pendalaman & air ini kembali ke laut melalui ‘satu jalan rahsia’ di kenali sebagai ‘Great Abyss’. ‘Jalan rahsia’ ini di kenali sebagai ‘Tartarus’ semenjak zaman Plato.

Pada tahun 1580, Bernard Plissy iaitu orang yang pertama dikatakan memberi huraian tentang kitaran air yang diterimapakai sehingga ke hari ini. Descartes, seorang ahli fikir yang hidup pada abad ke-18 juga menerima pendapat tersebut sehingga fahaman tersebut melular dan digunapakai abad yang ke-19.

“…dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berakal” Surah Ar-Rum:24

“dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.” Surah Al-Mu’minuun :18

الله tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunakannya dan hikmahnya itu. Kenal akan ‘kitaran air’ sendiri kita dapat mencungkil rahsia dalam pentingnya air yang merupakan keperluan asasi kita.

Orang yang melihat sesuatu tanpa fikiran itulah dia buta dalam celik, Kalau dia berfikir pula tanpa hati yang mengingati الله dia tersesat.

Advertisements

One thought on “Kitaran Air

  1. “Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya ALLAH menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber di bumi kemudian ditumbuhkanNYA dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya..” Surah Az-zumar :21

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s