UMNO Tidak Lagi Boleh Dipercayai

By Suhaimi Taib
Siapa mahu percaya dengan ucapan-ucapan yang dibuat oleh pemimpin Umno yang ada dan peneraju negara sekarang?

Saya berpendapat orang berkenaan adalah bodoh dan tidak mengerti politik. Manusia yang cerdik dan pandai berpolitik, tidak akan mempercayai apa sahaja yang dikatakan pemimpin Umno hari ini kerana mereka sebelum ini beratus-ratus kali bahkan lebih dari itu sering berbohong kepada rakyat.

Ketua pembohong ialah Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Dalam kes tarikh pilihan raya umum ke-12 yang lalu sebagai satu contoh nyata bagaimana pembohongan itu dibuat.

Benar, kenyataan pembohongan itu perlu dibuktikan tetapi bagi penulis pembohongan itu bukan sahaja perlu dibuktikan tetapi sejarah pembohongan itu perlu diteliti dan mereka perlu diajar dengan sikap dan ketegasan rakyat sendiri.

Pemimpin pembohong seperti ini di negara maju sudah lama disingkirkan dari persada politik bukan pemimpin-pemimpin yang mahu menegakkan kebenaran dan keadilan dan membela nasib rakyat disingkirkan sebagaimana berlaku di negara ini.

Bagaimanapun dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kenyataan Barisan Nasional (BN) tidak merancang untuk berkonspirasi dengan Anwar merupakan satu cakap-cakap yang tidak boleh diterima.

Walaupun ia belum berjaya dibuktikan (masa boleh menentukan siapa dalang di sebalik konspirasi kedua ini) namun rakyat perlu mengambil sikap memperkukuhkan politik mereka dengan memberi pembelaan dan sokongan sewajarnya kepada pemimpin mereka (pemimpin rakyat) apabila semua sistem dan undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia hari ini tidak boleh memberi ruang seadil-adilnya kepada rakyat untuk menikmati keadilan dan keselesaan politik dan ekonomi apabila Umno yang menguasai segala-galanya di negara ini.

Bahkan sekiranya Anwar sekali lagi ditangkap dan dibicarakan dipercayai beliau akan berada di situasi lebih teruk dari dahulu.

Ini kerana dipercayai jentera keselamatan negara khususnya jentera gerak khas (‘inteligent team’ dalam pasukan keselamatan) merancang untuk mengadakan konspirasi politik terhadap Anwar tidak lama dulu.

Apabila ruang keadilan dibuka sedikit ia dapat dijengok oleh hakim dan keputusannya menyebelahi Anwar sehingga beliau dibebaskan dari penjara.

Mutakhir ini sekali lagi konspirasi itu dirancang seolah-olah semacam sama dengan konspirasi lalu termasuk dakwaan liwat dan ditambah pula dengan ugutan membunuh yang disampaikan kepada beliau sendiri sekali gus merupakan suatu kes jenayah negara yang tidak boleh dimaafkan.

Kumpulan pemimpin Umno dan ‘team’ konspirasinya termasuk anggota keselamatan terbabit perlu diberi pengajaran secukup-cukupnya agar di masa hadapan mana-mana pemimpin rakyat dijaga oleh pihak berwajib dan undang-undang yang diluluskan di parlimen dengan adil dan saksama.

Lainlah sudah ada bukti yang cukup jelas tanpa berselindung lagi sehingga orang awam sendiri mempunyai bukti itu maka pemimpin seumpama itu bukan lagi pemimpin tetapi ia seorang penjenayah rakyat.

Bagaimanpun apa yang boleh rakyat menaruh harapan dan kepercayaan hari ini kepada Umno sekiranya mereka sering ditipu dan pemimpin parti itu sering mengulangi kesilapan dan sikap tidak bermoral termasuk membohongi rakyat dengan pelbagai cara.

Contoh pembangunan yang dibuat dikatakn untuk rakyat tetapi sebenarnya untuk mereka membolot kekayaan negara dan meninggalkan rakyat papa kedana di setengah tempat khususnya di Sabah dan Sarawak sehingga kemajuan yang dijanjikan tidak pernah menjengok halaman rumah mereka.

Tidak ada kemudahan jalan raya, elektrik dan paip air yang memuaskan untuk penduduk Sarawak dan Sabah khususnya di kawasan pendalaman.

Keadaan kemudahan asas mereka masih lagi seperti kehidupan rakyat di semenanjung dalam tahun 1970-an walaupun era Teknoligi Maklumat (ICT) sudah melanda dunia.

Justeru, rakyat tidak perlu lagi menggadai maruah mereka untuk memberi kepercayaan kepada pemimpin dan parti tersebut yang sering menipu mereka.

Rakyat perlu mendesak ahli-ahli parlimen mereka membuat perubahan termasuk paling penting menukar kerajaan yang ada di masa terdekat kepada sebuah kerajaan yang mempunyai aspirasi dan jiwa untuk berkhidmat bagi kesejahteraan rakyat dan negara dalam semua aspek. – mns_

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s