Ramadhan & Nuzul Quran

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.. Salam Ramadhan al-Mubarok.

Ramadhan itu membawa maksud bulan derma,bulan al-Quran dan ia boleh dipelbagaikan aktiviti ibadah. Ramai umat islam yang masih tidak mengambil manfaat dengan kehadiran bulan Ramadhan kerana Ramadhan seolah-olah satu adat yang disambut setiap tahun.

Ramadhan bulan yang diberikan pelbagai gelaran antaranya bulan pengampunan. Lantaran kerana Allah SWT akan melipat gandakan amalan termasuk kehadiran malam Lailatul Qadar iaitu lebih baik daripada 1000 bulan.

Ramadhan juga disebut Shahrul Quran iaitu bulan al-Quran kerana ayat pertama diturunkan kepada Nabi diturunkan dalam bulan Ramadhan. Bahkan Nabi kita sangat akrab dengan bulan Ramadhan.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Nabi Muhammad s.a.w banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadhan. Maknaya Nabi Muhammad juga belajar secara berguru iaitu dengan jibril a.s dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru.

Nabi Muhammad s.a.w juga mengulang-ulangi bacaaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menghabiskan bacaan al-Quran dan menghafaz sebaik mungkin .Nabi bersabda maksudnya:”semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran.”

Oleh itu para sahabat berlumba-lumba membaca al-Quran di bulan barakah ini. Ramadhan juga disebut bulan jihad. Ini kerana banyak peristiwa pertembungan antara iman dengan kufur.Banyak peristiwa kemenangan Islam berlaku pada bulan Ramadhan.

Antara peristiwanya ialah Badar al-Kubra. Ia berlaku pada hari jumaat iaitu 17 Ramadan pada tahun 2 Hijrah di mana umat islam telah mencapai kemenangan. Dalam bulan Ramadhan juga berlaku pembukaan kota Mekah pada tanggal 10 Ramadan tahun 8 Hijrah tanpa peperangan dan pentumpahan darah. Nabi memimpin 10000 tentera Islam dan Makkah dibebaskan daripada syirik dan mengangkat tauhid.

Mengapa umat Islam tidak mengambil manfaat daripada kehadiran bulan Ramadhan setahun sekali ini. Mungkin disebabkan ramai umat Islam yang masih terikat dengan adat-adat dalam menjalani bulan Ramadhan ini. Orang melayu tidak dibentuk kefahaman mereka tentang makna sebenar Ramadhan.

Jika diperhatikan orang Arab,bulan Ramadhan mereka rai dengan bersungguh-sungguh. Hari raya mereka tidak meraikannya sangat. Ramadhan mereka rai terutama 10 terakhir Ramadan.

Apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu minggu pertama kedua sambut menyambut Ramadhan dengan ghairah. Masjid dan surau penuh tetapi 10 malam terakhir surau dan masjid menjadi kurang.

Orang melayu sibuk dengan persiapan meyambut kehadiran hari raya.Mereka sibuk membeli-belah. Mereka meninggalkan 10 fasa terakhir yang disebut Nabi Muhammad s.a.w sebagai “pelepasan daripada azab neraka”.

Sepatutnya 10 malam terakhir Ramadhan umat Islam mesti banyak bertaubat,muhasabah,berzikir.

Belum tentu bulan Ramadhan yang dinikmat tahun ini akan ditemui pada tahun berikutnya. Umat Nabi Muhammad adalah umat yang pendek umur sebab itu Nabi dan para sahabat banyak berdoa pada bulan Ramadhan.

Wassalam

Faedah membaca al-Quran:

1: Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk.

2: Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT.

3: Memperoleh pahala yang banyak

4: Membahagiakan rakan seperjuangan.

5: Menghapuskan kesalahan dan dosa.

6: Menjadikan wajah(pembaca al-Quran)berseri-seri

7: Melapangkan hati dan fikiran,menjernihkan sanubari.

8: Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah.

9: Memelihara,membentengi umur manusia.

10:Merangsang seorang hamba untuk terus melakukaan kekuaan dalam hidup yang
sementara.

11: Mencegah pelbagai kesalahan dan keburukan seperti terlibat dalam mengumpat,

mengadu domba

12: Mengembali,menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti
Hubungan dengan-Nya.

13: Menambahkan usaha untuk terus melakukan amal-amal salih seperti sedekah
Membantu golongan yang memerlukan,berbaik pada jiran tetangga,kepada ibu-
bapa,adik-beradik,golongan yang lebih tua,menyayangi isteri/suami dan anak-
anak,menghadiri kelas-kelas,ceramah,forum agama yang boleh menginsafkan
diri dan lain-lain.
14: Malaikat membawa laporan baik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT tanpa
Sedikit dikurang atau ditambah.
15: Allah sentiasa mengingati orang-orang yang nengingati-Nya ketika membaca,
Berdiskusi kalam sucin-Nya iaitu al-Quran.
16: Golongan yang sentiasa hatinya bersama al-Quran,akan berada dalam
Perlindungan Allah SWT dan pemerliharaan khusus daripada-Nya.
17: Orang-orang yang sentiasa bersama al-Quran,sukar diewaskan oleh godaan
Syaitan,gangguan dan pujuk rayunya serta bisikan daripada suara-suara
Sumbag yang mendorong untuk melakukan kejahatan.
18 Membaca al-Quran mampu menghilangkan kegelisahan,kesedihan.kekeruhan
Dalam hidup dan perjuangan.
19: Membaca al-Quran mampu menjadikan seseorang Muslim,Muslimah itu meraih
Umur yang panjang lagi diberkati Allah SWT.
20: Muslim,Muslimah yang membaca dan mendiskusikan al-Quran sentiasa berada
Dalam keadaan yang penuh kesabaran dan tidak menunjukkan sikap.sifat bengis
Kerana mereka dianugerahkan Allah dad yang sejuk dengan al-Quran.
21: al-Quran yang dibaca oleh Muslim,Muslimah pada bulan Ramadan
Khususnya,sebenarnya mampu meningkatkan kualiti pelbagai bentuk ibadat
Bukan sahaja ibadat khusus,malah ibada-ibadat yang lain.
22: Pembaca al-Quran juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara
Individu jemaah seperti yang dituntun oleh al-Quranitu sendiri.
23: Hati yang karat lagi keras (dengan dosa-dosa yang dilakukan) haya dapat
Digilap,dibersihkan melalui pembacaan al-Quran.
24: Melalui pembacaan al-Quran dan diskusi ayat-ayat al-Quran,akan menambahkan
maklumat mengenai persoalan syurga,pahala,dosa,ayat-ayat perintah dan
Larangan Allah,ayat-ayat tentang nikmat hidup didunia dan azab Allah di
Akhirat,golongan ahli syurga dan neraka,syafaat Rasulullah s.a.w yang mampu
Membangkitkan kesungguhan untuk terus beribadat kepada Allah.
25: Paling penting faedah membaca al-Quran dan berdiskusi ayat-ayat al-Quran,dapat
Menjauhkan seseorang Muslim,Muslimah daripada memiliki sifat nifaq
(munafik) dalam diri,kerana golongan ini amat sedikit aktiviti hidup mereka ingat
Kepada Allah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s