Umar Bin Abdul Aziz Menerajui Kerajaan

Pertolongan الله itu tiba dengan kenaikan Umar Bin Abdul Aziz pada takhta kerajaan dalam tahun 99 Hijrah (717M). Beliau ialah cucu kepada Marwan, ibu beliau ialah Laila binti ‘Ashi bin Umar Al-Khattab adalah nenek dari ibunya yang merupakan Khalifah Islam yang ke-2. Dengan itu keluarga Umayyah dan Faruqi bertemu Umar Abdul Aziz yang digelar khalifah yang adil. Beliaulah orang yang membawa perubahan dalam pemerintannya.

Sebelum itu, pada zaman Umar Al-Khattab ada kisah mewarisi peribadi mulia Umar Abdul Aziz. Umar Al-Khattab telah  memerintahkan supaya tidak seorang pun dibenarkan merendahkan mutu susu dengan mencampurkan air ke dalamnya. Pada suatu ketika tatkala beliau meronda pada tengah malam untuk merisik keadaan rakyat jelata, beliau terdengar seorang perempuan menyuruh anak perempuannya supaya mencampurkan air ke dalam susu sebelum tiba waktu siang.

Anak itu enggan buat demikian serta mengingatkan emaknya tentang perintah Khalifah itu. Apabila emaknya marah serta berkata Khalifah tidak hadir & beliau tidak mengetahuinya, anak itu menjawab bahawa الله Maha Mengetahui walaupun khalifah Umar tidak hadir. Umar Al-Khattab begitu gembira dengan jawapan itu dan beliau menyuruh anaknya ‘Ashim supaya mengahwini perempuan itu sambil berkata bahawa beliau harap anak perempuan itu melahirkan seorang lelaki yang akan memerintah Tanah Arab. Umar Abdul Aziz ialah anak kepada anak perempuan ‘Ashim.

 Umar Abdul Aziz dilahirkan dalam tahun 61 Hijrah. Beliau sepupu kepada khalifah sebelumnya iaitu Sulaiman Abdul Malik. Umar Abdul Aziz pernah dilantik sebagai Gabenor Madinah sejak pemerintahan Walid Abdul Malik iaitu khalifah sebelum Sulaiaman. Kehidupan Umar sebagai gabenor jauh berbeza daripada kehidupannya sebagai khalifah. Beliau dikenali sebagai bangsawan yang berbudi halus & bersopan santun.

Orang ramai tahubahawa Umar telah lalu di sesuatu jalan cuma daripada bau minyak wangi yang digunakannya. Baliau menjadi ikutan bagi para pemuda yang sezaman dengannya. Tiada tanda yang menunjukkan bahawa beliau ditaqdirkan melakukan usaha yang bersejarah dalam Islam kecuali ketelusan peribadinya serta keadilan sikapnya.

Beliau terbukti sebagai suatu mukjizat yang nyata. Cara beliau dilantik menjadi khalifah juga luar biasa kerana tidak seseorang dapat menduga berlakunya deretan peristiwa sehingga menyebabkan beliau mencapai jawatan khalifah. Beliau cuma boleh berharap menjadi menteri di bawah sistem perlantikan khalifah yang bersifat warisan itu, tetapi الله menghendaki yang sebaliknya.

Khalifah Sulaiman Abdul Malik jatuh sakit tenat & tiada harapan untuk sembuh lagi serta ingin sangat meninggalkan takhta kepada slah seorang anak-anaknya yang masih kecil itu. Kerana terlampau risau tentang perkara ini, dia menyuruh supaya putera-puteranya memakai kain, pakaian rasmi & baju besi yang lebih panjang agar mereka kelihatan dewasa tetapi usahanya menemui kegagalan. Dalam kesakitannya dia memandang kepada putera-puteranya lalu berkata, “Beruntunglah orang yang mempunyai anak yang sudah besar”.

Raja Haiwah berada pada sisinya ketika itu dan dia serta merta mencadangkan Umar Abdul Aziz sebagai bakal Khalifah. Khalifah menerima cadangan tersebut. Dengan campurtanganya yang kena pada waktunya itu, maka Raja telah menyumbangkan jasa bagi pemulihan Ummat Islam.

Tinggalkan komen