By Rizal Tahir KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata “ahli Umno tidak masuk syurga”.
“Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya,” katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.
RAMADHAN adalah antara bulan yang mulia, kerana terdapat di dalamnya beberapa pengajaran yang perlu diperhatikan oleh setiap muslim bagi mempertingkat hubungan dan memperkasa diri sebagai muslim sejati di sisi ALLAH SWT seperti berlakunya perang Badr Kubra yang terjadi pada bulan Ramadhan.
Ramadhan itu membawa maksud bulan derma,bulan al-Quran dan ia boleh dipelbagaikan aktiviti ibadah. Ramai umat islam yang masih tidak mengambil manfaat dengan kehadiran bulan Ramadhan kerana Ramadhan seolah-olah satu adat yang disambut setiap tahun.
Isteri Umar bin Abdul Aziz, Fatimah binti Abdul Malik, sangat terkejut menyaksikan perubahan suaminya yang serta-merta. Sebelum menjadi Khalifah, beliau hidup biasa saja dengan jabatan-jabatan penting yang disandangnya. Setelah menjadi Khalifah, bukan saja tidak mau tinggal di istana kerajaan, bahkan beliau tidak mengambil gaji dari jabatannya itu. Beliau menyambung hidup hanya dari hasil sepetak tanah yang dibelinya dengan uang sendiri.
By Muda Mohd Noor PAS tegas mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan parti dan sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat jika ia tidak menguntungkan Islam.
Perkara itu ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap merasmikan konvensyen PAS Pulau Pinang, Ahad lalu.
By Bashir Ishak
KANGAR, 12 Ogos (Hrkh) – Umno-BN semakin terdesak dan mengelirukan untuk menghadapi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh sehinggakan sanggup mengisytiharkannya sebagai satu jihad. Iklan
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Timbalan Ketua Pegerakan Wanita Umno, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil mengisyhtiharkan demikian di Pulau Pinang dengan alasan untuk menghalang seorang individu bercita-cita tinggi mencapai impiannya dan kejayaan peribadi.
By Dato’ Dr Haron Din SOALAN: Politik Malaysia hari ini sudah sampai ke kemuncak kalut atau kelam kabut. Selepas satu isu, beralih kepada isu lain yang kebanyakannya membebankan fikiran rakyat jelata. Terbaru rakyat dikejutkan dengan isu rasuah berprofil tinggi, dakwaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim terbabit dalam kes liwat lagi dan pelbagai isu lain. Sebagai seorang Muslim saya amat keliru, soal dosa pahala tidak diperdulikan lagi, media dengan bebas mengasak dengan bangga mengaibkan hamba-hamba Allah yang tidak dipastikan kebenarannya, mengapa hal sebegini Dato’? – HASBULLAH MARZUKI, Bandar Baru Bangi
By Suhaimi Taib Siapa mahu percaya dengan ucapan-ucapan yang dibuat oleh pemimpin Umno yang ada dan peneraju negara sekarang?
Saya berpendapat orang berkenaan adalah bodoh dan tidak mengerti politik. Manusia yang cerdik dan pandai berpolitik, tidak akan mempercayai apa sahaja yang dikatakan pemimpin Umno hari ini kerana mereka sebelum ini beratus-ratus kali bahkan lebih dari itu sering berbohong kepada rakyat.
By Intan Abdullah KUALA LUMPUR, 21 Mei(Hrkh) – PAS melahirkan rasa kesal dengan pendirian Kementerian Pelancongan yang tidak tegas dengan pelaksanaan dasar pelancongan yang mengetepikan syariat Islam sebagai kayu ukur kerajaan BN.
Siti Zailah Mohd Yusof(PAS-Rantau Panjang) menempelak sikap kerajaan persekutuan yang melaung-laungkan pendekatan Islam Hadhari ini khususnya Kementerian Pelancongan apabila tidak tegas dalam isu penyediaan arak di dalam penerbangan pesawat-pesawat Malaysia.